Monday, April 25, 2016
Kecuaian Penulis Ucapan Punca Kemelut MB Terengganu Dan Istana?
EDITOR MENULIS...
25 APRIL 2016
Sehingga kini
pelbagai spekulasi dan andaian dibuat mengenai kemelut yang melanda
negeri Terengganu melibatkan Menteri Besar dan pihak Istana.
Semakin jauh andaian yang dibuat, semakin terlupa kita akan puncanya kemelut tersebut berlaku.
Ada pihak yang mendakwa punca berlakunya
kemelut ini dikhabarkan kerana teks ucapan yang dibacakan oleh MB
Terengganu dalam Majlis Kurniaan Tabungan SSPN-i oleh Yayasan Diraja
Sultan Mizan pada Jumaat lalu.
Teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri
Besar Terengganu dilihat sebagai memperkecilkan pemberian YDSM
berbanding sumbangan yang diberi oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
Teks ucapan Menteri Besar yang
kebiasaannya dipertanggungjawabkan kepada TSIS dan FELO, sebuah badan
pemikir dibawah Kerajaan Negeri Terengganu dikatakan telah mencetus
kemurkaan DYMM Tuanku Sultan.
Dalam situasi mana-mana pemimpin
sekalipun bertungkus lumus bekerja demi kesejahteraan rakyat, pastinya
wujud tangan-tangan ghaib yang akan mencuba sedaya upaya menjatuhkan
mereka. Malangnya Ahmad Razif juga tidak berkecuali dari
serangan-serangan ini.
Pastinya lebih menakutkan dan tidak
mustahil jika serangan ini merupakan perbuatan pihak dalaman yang
menunggu masa yang sesuai untuk mengheret pihak istana sekaligus dalam
kancah perebutan kuasa sesama sendiri.
Pendapat menyatakan, Ahmad Razif hanya
ingin menghabiskan teks yang telah disediakan untuknya, lebih-lebih lagi
dalam sebuah majlis bersama Sultan. Memandangkan setelah semakan, fakta
dan figura di dalam teks adalah tepat sehinggakan pihak protokol juga
tidak menemui sebarang kesilapan.
Walaubagaimanapun, sisipan ‘mancis’ juga
telah diletakkan dengan begitu teliti dan dijarakkan sehinggakan tiada
sesiapa pun yang akan sedar fakta dan figura tersebut sebenarnya mampu
mencetus sebuah kemurkaan.
Jika kenyataan sehalus ini tidak mampu
disedari sesiapa setelah melalui beberapa peringkat semakan, maka
siapakah yang telah menggores ‘mancis’ tersebut kena pada tempatnya bagi
mencetuskan kemurkaan DYMM Tuanku Sultan Terengganu?
Menurut sumber-sumber rapat dengan
pemimpin kanan Umno Terengganu memberitahu berlaku sedikit kesilapan
tanpa disedari oleh Menteri Besar yang membacanya.
Semoga DYMM Tuanku Sultan Terengganu
yang mulia lagi bijaksana dapat menilai kerja keras yang telah dilakukan
oleh Menteri Besar Terengganu dalam menjaga kesejahteraan rakyat di
Negeri Terengganu dengan baik sepanjang tempoh beliau memegang jawatan
sebagai Menteri Besar.
Saya percaya tuanku adalah seorang yang bijak dan bertimbang rasa dan percaya kemelut ini boleh diselesaikan dengan segera...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment