Monday, April 25, 2016
Boss DAP Mengamuk Tu.... DAP Kecewa Dengan PKR
KUCHING : DAP dan PKR menyalahkan satu sama lain dalam kemelut agihan
kerusi yang membawa kepada kedua-dua parti pembangkang itu bertembung di
enam kawasan pilihan raya negeri, 7 Mei ini.
"Kami rasa DAP tidak menerima apa yang yang sepatutnya. Saya dapati ini
amat mengecewakan...sudah pasti akan mewujudkan kekeliruan dalam
kalangan penyokong," kata Setiuasa Agung DAP, Lim Guan Eng.
Berikutan tindakan PKR bertanding lima kerusi yang disasarkan oleh DAP,
maka DAP membalas dengan meletakkan calon kerusi majoriti Cina, Bukit
Kitang yang sebelum ini diperuntukkan kepada PKR.
Bercakap kepada media di pusat penamaan Senadin di Miri, Lim menegaskan
bahawa PKR sepatutnya berpegang kepada perjanjian bertulis berhubung
pengagihan kerusi yang dicapai antara beliau dengan Timbalan Presiden
PKR, Datuk Seri Azmin Ali pada 7 April lepas.
"Ini bukan hanya satu kerusi tetapi lima. Jika satu kerusi, kita mungkin
boleh mengendahkannya tetapi bagaimana kita boleh mengabaikan lima
kerusi?.
Tidak ada komitmen untuk mematuhi perjanjian," katanya.
Sementara itu, Ketua PKR Sarawak, Baru Bian berkata keputusan meletakkan
calon parti dibuat secara bersama oleh kedua-dua pemimpin parti di
peringkat negeri dan pusat.
"Kerusi yang kami bertanding adalah kawasan yang kami berkerja keras
sejak beberapa tahun. Tempoh rundingan dengan DAP masih terbuka sehingga
saat-saat akhir sebelum hari penamaan calon.
"Kami juga mengemukakan cadangan untuk menyelesaikan pertelingkahan ini.
Malangnya kami tidak mendengar apa-apa daripada DAP sehingga tengah malam semalam," katanya dalam kenyataan.
Bian meminta pengundi membuat pilihan bijak dan menyokong calon yang berkerja keras dengan peluang yang lebih baik untuk menang.
Selain kerusi Batu Kitang, DAP dan PKR akan bertembung di Mambong, Ngemah, Simanggang, Murum dan Mulu.
Mambong akan menjadi perebutan tiga penjuru dalam kalangan parti
pembangkang dan BN, Batu Kitang melibatkan pertandingan lima penjuru
manakala yang lain ialah saingan empat penjuru.
DAP menyenaraikan 31 calon manakala PKR 40.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment