Monday, April 25, 2016
"Saya Reda, Pasrah" - Ahmad Razif
PETALING JAYA : Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman mengakui reda dan
pasrah anugerah kebesaran negeri yang dikurniakan kepadanya ditarik
balik.
Malahan, dengan apa yang berlaku beliau bertekad untuk terus membuktikan
taat setia kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Beliau juga berkata, kepentingan rakyat Terengganu akan terus menjadi keutamaan selagi masih memegang jawatan.
"Saya reda dan pasrah dengan apa yang berlaku dan amat memahami bahawa
ini adalah hak mutlak Tuanku di dalam mengurniakan anugerah atau
penarikan balik anugerah itu.
"Yang penting kita mesti mengambil iktibar dengan apa yang berlaku
sebagai rakyat, pemimpin yang taat dan setia kepada raja dan negara,"
katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar pada
Isnin malam.
Sebelum itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan Terengganu mengeluarkan kenyataan memaklumkan Sultan Mizan
telah melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad
Razif, berkuat kuasa Jumaat, 22 April.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment