Monday, April 25, 2016

Dah Rasa Kalah Teruk.... Calon PKR 'Ghaib' Punca BN Menang Percuma

PKR malu besar di hari pertama pilihanraya Serawak selepas dua dari 40 calonnya adalah masalah. Calon pertama 'ghaib' begitu saja menyebabkan kemenangan tanpa bertanding di DUN Bukit Sari.

Manakala calon kedua DUN Pantai Damai rupa-rupanya muflis dan tidak layak bertanding.

Persoalan yang berligar dikalangan pemberita adalah mustahil PKR tidak tapis dan buat semakan sebelum pilih calon...?

Menjawab soalan bertali arus orang ramai, PKR hanya mengeluarkan kenyataan media memohon maaf ekoran memberi kemenangan mudah kepada calon Barisan Nasional (BN), di DUN N82 Bukit Sari dan kegagalan menyemak latarbelakang calon N04 Pantai Damai.

Pengarah Operasi Bilik Gerakan Utama Pilihanraya Negeri Sarawak Ismail Yusop, perkara ini berlaku adalah disebabkan kecuaian jawatankuasa pilihan raya parti itu.

"PKR merakamkan kekesalan yang mendalam ke atas kerusi yang dimenangi pihak Barisan Nasional tanpa bertanding, iaitu N82 Bukit Sari.

"Kami memohon maaf atas kecuaian Jawatankuasa Pilihanraya Sarawak ini kepada seluruh penyokong parti," katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau lagi, calon Bukit Sari gagal menghadirkan diri semasa penyerahan borang tanpa sebarang alasan.

Manakala pencalonan Pantai Damai pula dibatalkan gara-gara pernah diisytiharkan muflis.

"Kami amat kecewa dengan perubahan keputusan pada saat-saat terakhir ini dan kes ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin.

"Penamaan calon Pantai Damai terbatal disebabkan beliau muflis kerana menjadi penjamin pinjaman. Parti akan meneliti semula proses penyemakan calon," katanya lagi.

Ini menjadikan DUN Pantai Damai yang sepatutnya menyaksikan sekurang-kurangnya pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan PKR, namun mengecil kepada sekurang-kurangnya dua penjuru sahaja (tanpa mengambil kira calon-calon Bebas).

DUN Pantai Damai ialah kerusi yang disandang calon BN, Dr. Abdul Rahman Junaidi yang memenangi kerusi tersebut pada 2011 dengan mengalahkan calon PKR, Wan Zainal Abidin Wan Senusi dengan majoriti 5,071 undi.

Calon BN Bukit Sari, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan diisytiharkan menang tanpa bertanding kawasan tersebut pagi tadi.

Sementara itu,  Tan Sri Adenan Satem menyifatkan kejayaan BN memenangi dua kerusi tanpa bertanding sebagai penyuntik semangat kepada parti berkenaan.

Pengerusi BN Sarawak itu berkata ia menunjukkan bahawa pakatan pembangkang langsung tidak mempunyai kata sepakat.

"Sudah tentu ia menyuntik semangat kita dan melunturkan semangat pembangkang. Pakatan pembangkang sangat longgar. Tiada kata sepakat antara mereka," kata Ketua Menteri Sarawak itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kedua-dua kerusi yang ditandingi oleh penyandang, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan bagi kawasan Bukit Sari dan Dr Abdul Rahman Ismail untuk Bukit Kota, dimenangi tanpa bertanding.

Adenan, calon BN bagi kerusi Tanjung Datu, berkata matlamat BN Sarawak bertanding pada pilihan raya itu dengan hanya satu agenda iaitu untuk terus mewujudkan pelbagai peluang dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment