Monday, April 25, 2016

#PRNSarawak :Tikam Belakang: PKR, DAP Bertembung Sama Sendiri Di PRN Sarawak

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/02/Chong-Chieng-Jen_dap_pkr_sarawak_600.jpg
PRN Sarawak menjadi medan tikam belakang dan pertembungan sama sendiri antara DAP dan PKR meskipun masing-masing mendakwa bekerjasama erat dalam Pakatan Harapan (PH) selepas Pakatan Rakyat (PR) berkubur tanpa nesan.

Di kerusi N23 Bukit Semuja khabarnya kerusi yang sepatutnya ditandingi PKR yang mewakili PH menyaksikan DAP turut sama dalam pertembungan lima penjuru yang turut melibatkan calon BN dan dua calon Bebas.

Sementara itu di kerusi N13 DUN Batu Kitang juga menyaksikan pertembungan antara DAP dan PKR.

Turut bertanding dua lagi calon Bebas dalam pertarungan lima penjuru menentang BN.

DUN N13 Batu Kitang mengikut perjanjian awal antara DAP dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sepatutnya diserahkan kepada calon DAP, bagaimana pun pemimpin PKR tempatan membantahnya.

Di beberapa DUN lain turut berlaku pertembungan sesama pembangkang.

Dalam perkembangan berasingan, terdapat perkhabaran yang belum disahkan menyebut BN telah memang tanpa bertanding di sekurang-kurangnya dua kerusi membabitkan DUN Bukit Sari dan Bukit Kota.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment