Monday, April 25, 2016

#PRNSarawak : PKR Kelam Kabut, Yang Memang Hak Dia Tak Hantar Calon, Kerusi Orang Dia Berebut !!

EDITOR MENULIS...
25 APRIL 2016
image
Kejayaan BN menang percuma di 2 kerusi DUN dalam pilihanraya negeri Sarawak sebentar tadi, membuktikan bahawa PKR ini adalah parti yang kelam kabut. Sejak Anwar masuk jail ni, PKR nampaknya bergantung kepada persepsi semata-mata nak menunjukkan kononnya dia kuat, hakikatnya, PKR lemah, kelam kabut dan tak terurus.

Ketika kecoh PKR berebut 5 kerusi dengan DAP, 2 kerusi yang sepatutnya mereka bertanding iaitu di Bukit Kota dan Bukit Sari, calon PKR tak muncul seterusnya memberikan kemenangan percuma kepada BN.

Dalam hal berebut kerusi dengan DAP, akhirnya DAP bertindak balas, semua kerusi yang PKR bergaduh dengan DAP, DAP letak calon, salah satunya Bukit Kitang dimana satu-satunya calon Melayu DAP bertanding.  Siapa pun dalam PKR sekarang tak mampu nak selesaikan masalah itu.

Berkomponen apakah namanya tu? Saya dah katakan dari awal lagi bahawa di Sarawak, Pakatan Harapan macam tidak wujud, masing-masing fikir pasal diri masing-masing sahaja.

Dalam masa yang sama, nampak sangat PKR terlalu bergantung kepada Anwar. Pada tahun 2011, ketika Anwar masih diluar, pilihanraya negeri Sarawak menyaksikan pertandingan di semua 71 kawasan DUN ketika itu, takde peluang BN nak menang percuma, berbeza dengan kali yang ini.

Semua ini bagaimanapun menunjukkan kelemahan PKR dan mengesahkan apa yang saya kata sebelum ini PKR ni hanya gah pada persepsi sahaja, realitinya lemah, macam yang kita lihat sekaranglah.

Agaknyalah siapa yang nak dipersalahkan, adakah Azizah (langsung tak muncul, berbunyi dalam kempen kali ini), Azmin atau Baru Bian selaku Pengerusi PKR Negeri? Saya katakan salahkan keseluruhan organisasi itu, sejak bekerjasama dengan bekas ahli UMNO Mahathir Mohamad, nampak kemerosotan oleh PKR.

Tolak DAP, tolak PKR, tolak apa juga lambang pada kertas undi melainkan dacing, semangat!!

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment