Monday, April 25, 2016

#PRNSarawak: Pencalonan PKR Di DUN Pantai Damai Ditolak

image
Menurut maklumat tidak rasmi yang diterima sebentar tadi, pencalonan calon PKR, Morni Shamsudin di DUN Pantai Damai N4, telah ditolak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana pencadang kepada calon tersebut didapati seorang yang bankrap.

Bagaimanapun, suka diingatkan bahawa pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut hanya boleh dikeluarkan oleh pihak SPR.

Ini menjadikan DUN Pantai Damai yang sepatutnya menyaksikan sekurang-kurangnya pertandingan 3 penjuru antara BN, PAS dan PKR, kini mengecil kepada sekurang-kurangnya 2 penjuru sahaja (tanpa mengambil kira calon-calon Bebas).

DUN Pantai Damai ialah kerusi yang disandang calon BN, Dr. Abdul Rahman Junaidi yang memenangi kerusi tersebut pada tahun 2011 swngan mengalahkan calon PKR, Wan Zainal Abidin Wan Senusi dengan majoriti 5,071 undi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment