Monday, April 25, 2016

#PRNSarawak : Sama Sendiri Pun Dia Tipu, Rakyat Apa Lagi

EDITOR MENULIS...
25 APRIL 2016
13087454_1796346050584181_1408487435374335684_n
Macai pembangkang yang sempat saya temui kali ini mendakwa, pertembungan sesama sendiri antara DAP dengan PKR, PKR dengan PAS, PAS dengan PAN, DAP dengan PAS di banyak kawasan DUN dalam pilihanraya negeri Sarawak hari ini, adalah satu perkara yang biasa.

Kata dia dalam BN pun berlaku (BN lawan BN) cuma bezanya, calon lagi satu tu guna lambang Bebas – bodoh betul puak-puak ni!!  Bebas, bebaslah mana pulak dia BN, orang BN yang lawan calon BN lain automatik tergugur keahliannya, memang belit betul lah.

Tapi sebab tahu yang sokong pun lebih bodoh dan berbelit lagi, maka alasan seperti itu pun laku digunakan. Pelik betul komuniti yang sokong pembangkang ni, bagaimanalah tumbuh besaran mereka dahulu agaknya? Bab pembangkang lawan sesama sendiri ni jadi isu sebab mereka ada perjanjian untuk tidak bertanding sesama sendiri’.

Perjanjian yang sendiri sign pun tak hormat, apatah lagi janji dengan rakyat?

Sebab itu rakyat jangan terkeliru dengan alasan-alasan yang seumpama ini.  Puak-puak cuba nak menutup hakikat bahawa mereka sesama sendiri pun dia bohong tapi nak tunjuk dialah yang terbaik berbanding BN.

Yang DAP bertanding 31 kerusi tapi cakap macam dia boleh jadi kerajaan lebih baik dari BN di Sarawak, satu contoh penipuan yang paling nyata. Nak jadi kerajaan kena ada 42 kerusi, 31 tidak cukup – itupun kalau menang semua.

BN Sarawak tidak tipu sesama parti komponen dan dengan itu tidak tipu rakyat.  Calon kita tidak bertanding sesama sendiri dimana-mana tempat dalam kempen pilihanraya kali ini, tak macam pembangkang.

Pembangkang, belum perintah negeri sudah tipu rakyat.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3eaxq7E0OQoeKQ9-MOGfkTMghqwdhqZ5qYw9tv0vjm0S0mEwZ_HegI-FMxNZMzg8CSIAmrZn-OAO4ts0erhf54nOFJf55xqq6a4hhIboXyBYiwCIXG_H5YOqqeV2HnhA5ihUdSOXbT9Y/s320/Acoy+Posterize+2.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment