Tuesday, April 19, 2016

Dakwaan PM Tandatangani Dokumen 1MDB Tidak Tepat : Pengamal Undang-undang

KUALA LUMPUR : Seorang pengamal Undang-Undang, Kamaruddin Ahmad berkata dakwaan yang mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani dokumen-dokumen 1MDB adalah tidak tepat, memandangkan Datuk Seri Najib hanyalah sebagai ahli lembaga penasihat bagi syarikat tersebut dan bukannya sebagai ahli lembaga pengarah yang dilantik berdasarkan akta syarikat.

Lazimnya menurut beliau, segala kebenaran dan kelulusan berhubung urusan perniagaan dan seharian syarikat itu hanya akan ditandatangani kelulusannya oleh lembaga pengarah syarikat tesebut dan bukannya ahli lembaga  penasihat.
IMG_5602 
“Lazimnya pihak pengurusan sahaja yang akan menandatangi dokumen tersebut tak mungkin dan tak perlu PM dilibatkan untuk menandatangan dokumen tersebut disebabkan PM bukan ahli lembaga pengarah 1MDB maka dia tidak mungkin diminta untuk menandatangan dokumen 1MDB.

“Jadi saya lihat dakwaan yang mengatakan bahawa PM menandatangi dokumen 1MDB itu tidak tepat dan dakwaan itu perlu dikaji dengan teliti. Tak mungkin sebagai ahli lembaga penasihat beliau menandatangani dokumen tersebut,” ujarnya dalam satu temubual eksklusif  bersama media di sini.

Jelas beliau lagi, Datuk Seri Najib yang memegang jawatan sebagai ahli lembaga penasihat  1MDB yang bukan dilantik di bawah akta syarikat maka beliau tidak mempunyai sebarang tanggungjawab kepada 1MDB di mana tanggungjawab menguruskan syarikat  itu dipikul oleh lembaga pengarah.

“Kita lihat 1MDB mempunyai lembaga pengarah tersendiri. Dia ada lembaga pengarah dan pengerusi lembaga pengarah. Lembaga pengarah ini dilantik di bawah akta syarikat. Sedangkan Datuk Seri Najib hanya dalam lembaga penasihat. Maknanya Datuk Najib bukanlah salah seorang ahli lembaga pengarah yang dilantik di bawah akta syarikat.

“Maka itu tanggunggjawab yang diletakkan ke atas lembagai pengarah untuk menguruskan 1MDB sangat ketat. Mereka terikat di bawah undang-undang akta syarikat”, katanya.

Justeru jelas beliau lagi di sini apa juga salah laku yang didapati oleh PAC tidak melibatkan Datuk Seri Najib.

“Saya difahamkan juga lembaga penasihat juga tidak masuk campur tangan dalam urusan 1MDB. Dan itu memang sesuatu perkara biasa kerana kalau kita bukan ahli lembaga pengarah kita tidak boleh campur tangan dalam cara lembaga pengarah meguruskan syarikat tersebut. Ini terpakai kepada mana-mana juga syarikat sdn bhd atau pun berhad,” tegasnya.

Tambah beliau, Isu sebenar berhubung siasatan 1MDB yang ditimbulkan oleh PAC  ialah di mana keputusan-keputusan yang dibuat oleh pengurusan tanpa memperolehi kebenaran daripada lembagai pengarah terlebih dulu.

“Ini suatu perkara yang harus diperbaiki. Sebagai contoh, jika ada keputusan yang besar-besar yang melibatkan 1MDB, adalah lebih baik keputusan ini dirujuk kepada lembaga pengarah untuk mendapat kebenaran terlebih dulu. Jika diluluskan oleh lembaga pengarah maka barulah pihak pengurusan boleh melaksanakan tindakan tersebut” ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment