Tuesday, April 19, 2016
“Nak Diselamatkan Rahman Dari Apa?… Yang Bermasalah Guan Eng” – Annuar Musa
KETEREH : “Apa-apapun saya wish all the best
kepada Guan Eng. Perjalanan masih jauh.. dia sebenarnya tidak perlu
jawab kepada Rahman tetapi perlu jawab kepada SPRM,” demikian ujar Ketua
Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa kepada Ketua Menteri
Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Sindiran tersebut dibuat apabila Guan Eng yang dilihat mula cuba
untuk menangguk di air keruh berikutan pembatalan debat antaranya dengan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk
Abdul Rahman Dahlan berhubung isu pembelian banglo dan tanah di Taman
Manggis.
Guan Eng mendakwa kononnya pihak polis seakan mahu menyelamatkan Rahman daripada debat tersebut.
TV3 telah mengumumkan pembatalan debat tersebut kerana menghormati
pandangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak mahu perdebatan itu
menganggu siasatan yang sedang dijalankan.
Oleh kerana itu juga Rahman telah mengeluarkan kenyataan bahawa
beliau tidak boleh mengingkari arahan daripada ketua polis negara dan
SPRM kerana dirinya adalah seorang menteri kabinet.
“Nak selamatkan Rahman daripada apa… yang sedang menghadapi masalah
adalah Guan Eng. Rahman tidak ada apa-apa yang hendak dirugikan… Bagi
saya ini semua hanyalah polemik politik.
“Sebenarnya Guan Eng yang amat memerlukan platform ini untuk
membolehkan dia membela diri tapi bagi saya dia membela diri tidak kena
pada tempatnya”, kata Annuar kepada media.
Jelas beliau lagi perdebatan ini bukanlah satu perkara yang penting
kerana ia tidak ada kena mengena dengan perkara sebenar yang dihadapi
oleh Guan Eng.
“Dia kena terima hakikat… Dari segi moral memang salah. Dia sebagai
seorang penjawat awam, dunia tahu dia membeli satu aset pada harga yang
tidak munasabah dan dia tidak mungkin mendapat harga itu jika tidak
kerana jawatannya sebagai seorang ketua menteri.
“Ini hakikat. Tidak ada orang dalam dunia ini yang menyatakan itu
harga hartanah tersebut. Kalau kurang 10, 20 peratus tidak mengapa ini
hampir separuh.
“Saya percaya kalau dia bukan ketua menteri tidak mungkin dia dapat
harga itu. Jadi biarlah dia hadapi apa yang sedang berlaku ini. Ini
masalah dia… bukan masalah kita,” tegasnya lagi.
Pembelian banglo Guan Eng dengan harga RM2.8 juta mencetuskan
kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya
membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat dan mendakwa harga itu
adalah di bawah nilai pasaran.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment