RM 2.6b itu duit orang disumbangkan kepada orang lain,
yang menghairankan kita tu kenapa orang ramai sampai HILANG AKAL HILANG
PEDOMAN?
Sahabat-sahabat sedar tak?
Umat Islam tidak sedar pun mereka sengaja menyusahkan diri dengan
bersusah payah menghampiri LAKNAT ALLAH. Usahkan sampai MEMFITNAH
sedangkan mencaci mencela menghina orang kerana memburu kemegahan dunia
itu pun DILAKNAT ALLAH.
“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;”
(Al-Humazah ayat 1-2)
Tidak sepatutnya kita bersusah payah menyusahkan diri menjauhi rahmat
Allah. Tetapi disebabkan NAFSU yg cenderung menuruti kehendak nafsu lah
semakin ramai rakyat Malaysia hilang akal hilang pedoman.
Apa yang dikhuatiri bila NAFSU cenderung menuruti kehendak nafsu ini
adalah dikhuatiri terlanjur SYIRIK. Yang penting. Jgn sampai kerana
menuruti NAFSU kalian terlanjur SYIRIK.
Kerana, NAFSU YANG CENDERUNG
MENURUTI HAWA NAFSU BOLEH MENYEBABKAN SYIRIK sepertimana peringatan
Allah dlm Quran yg ramai ulama politik salafi wahabi abaikan.
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya
sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah
Telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas
penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah
Allah (membiarkannya sesat). Maka Mengapa kamu tidak mengambil
pelajaran?”
(Al-Jatsiyah : ayat 23)
Oleh itu sahabat, Bersamalah kita berusaha menjauhi diri dari FITNAH-FITNAH akhir zaman
ini. Sedangkan ILMUAN POLITIK SALAFI WAHABI sendiri pun tidak sedar diri
menghampiri laknat Allah inikan kita? Maka itulah perlunya kita kembali
kpd ISLAM yg berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Kerana GARIS PANDUAN
TITIK PERSAMAAN itu terdapat disitu.
Kalaupun ulama-ulama politik mengatakan pemimpin kita zalim makan
riba sumber syubhah dan lain-lain FITNAH. Itu antara pemimpin kita dgn
Allah sedangkan mereka mengajak kita mengamalkan hasad dengki iri hati
membuatkan kita tidak sedar diri menghampiri laknat Allah itu punca kita
SENDIRI yang MENZALIMI DIRI.
Antara FITNAH-FITNAH AKHIR ZAMAN yang umat islam sukar menghindar adalah:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan tiba
suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam
memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan
terkena juga debu-debunya”.
(H.R. Ibnu Majah)
Dari perkara-perkara sedemikian itulah kita perlu berusaha pada
perkara yang Allah redha agar terhindar dari FITNAH-FITNAH AKHIR ZAMAN.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment