Monday, April 25, 2016

Mampukah Umat Islam Menghadapi Cabaran Ujian Fitnah-Fitnah DAJAL?

Sedangkan kita sekarang sedang berhadapan dengan fitnah-fitnah AKHIR ZAMAN ini pun masing-masing berlumba-lumba mencipta FITNAH_FITNAH yang tidak sudah-sudah dengan mencari salah MENYALAHKAN PEMERINTAH.

Apa kena mengenanya tidak dapat kahwin lalu buat maksiat dengan alasan belanja mahal? 

Walhal perkara yg WAJIB itu AKAD NIKAH dan selain itu perkara yang perlu cuma MAS KAHWIN bukanya KOS BELANJA HANTARAN yg DIJADIKAN KEMEGAHAN untuk DIBANGGAKAN. Sedangkan DISEBABKAN BERMEGAH-MEGAH dengan BELANJA MEWAH itulah punca rumah tangga punah ranah kerana segala yang dibanggakan itu diilhamkan dibangkitkan oleh syaitan.

Itulah FITNAH-FITNAH DUNIA. Di mana lebih ramai yg beriman kpd nafsu kerana tuntutan dunia sehingga sukar bagi orang yg benar-benar beriman menghindarinya kerana KETERPAKSAAN dalam keluarga masyarakat dll.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda,

“Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya”. Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?” (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, “Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya”.
(H.R. Baihaqi)

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.
 
Masihkah kita perlu bersusah payah menyalahkan pemerintah? Apakah benar anak-anak gadis dan jejaka melayu tidak dapat berkahwin sisebabkan salah pemerintah? Walhal jika kita memang benar-benar beriman kepada Allah dan setiap perkara yg kita lakukan tiada lain selain pada perkara yg Allah redha. Segalanya Allah permudahkan. Malah Allah kurniakan kepada kita punca rezeki yang kita sendiri tidak menduga. Jadi kenapa kita perlu KUFUR segala NIKMAT yang Allah kurniakan kpd kita dengan bahagian masing-masing?

Bertanyalah kepada saudara mara golongan miskin yang beriman dan bertaqwa dari mana mereka memperoleh segala harta benda wang ringgit segalanya. Adakah dari salah UMNO atau dari UMNO?

Walhal Allah dah tunjukan jalan yang benar dan mudah penuh keberkatan kenapa kalian semua ENGGAN?
 
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”
(An-Nuur : ayat 32)

Oleh itu sahabat. HENTIKANLAH FITNAH-FITNAH KERANA DARI FITNAH ITULAH PUNCA UMAT ISLAM YANG LAIN TERPALIT DGN DOSA BERANTAI sehingga tanpa sedar menzalimi diri menjauhkan diri dari kasih sayang limpahan rahmat Allah.
 sdgdgg

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment