Monday, April 18, 2016
Ingat Nak Kenakan Kerajaan... Dr. Zakir Naik : Haram Jatuhkan Pemimpin Islam
Sekitar sesi ceramah DZN di UTeM malam tadi yang baru berlalu. Seperti
biasa tetamu-tetamu bukan muslim diberi keutamaan untuk bertanyakan soalan-soalan.
Soalan-soalan dari mereka memang menguji minda. Apabila tiba giliran orang-orang
melayu bertanyakan soalan, seperti biasa, lari dari topik, kaitkan
dengan politik. Paling hangat apabila seseorang lelaki melayu
bertanyakan soalan mengenai Hudud dan hukum menentang pemerintah. Lalu
ini kata-kata Dr Zakir;
“Saya pelik di Malaysia ini. Bila diberi peluang asyik-asyik tanya pasal hudud, hudud, hudud!” Keluh beliau.
Jawapan kepada soalan tersebut ialah ia mesti berbeza mengikut keadaan
semasa dan permasalahan yang dihadapi oleh sesebuah negara. Dan
sepanjang 20 tahun ini, beliau tidak pernah jumpa mana-mana negara Islam di
dunia ini yang mengamalkan undang2 syariah 100%.
Kata beliau lagi dakwah sebenarnya lebih utama berbanding sibuk nak
laksanakan hudud. Lebih mudah jika masyarakat di Islamkan secara total,
maka takda isu nak buat apa-apa pun. Sebab secara normal tiada muslim yang
tak suka cara islam dipraktikkan.
Kita sibuk nak buat hudud, sedangkan tuntutan Allah supaya umat Islam bersatu dan jangan berpecah belah tak nak dilakukan.
Kemudian lelaki yang sama tanya pula apa hukum jika kita menentang atau
lakukan pemberontakan terhadap pemerintah sebabkan mereka tidak mahu
laksanakan hudud. Maka jawapan mudah dari Dr Zakir dengan nada yang
SANGAT TEGAS dan KERAS;
“HARAM in Islam!!!”
Sebab ianya adalah fitnah. Dan fitnah itu lebih besar dari pembunuhan.
Setiap pemerintah akan ada membuat kesilapan, tapi orang islam
diharamkan oleh Allah menentang pemerintah. Kerana ia mengundang kepada
fitnah. Tergamam lelaki tersebut.
Kesimpulannya, jangan sibuk nak buat itu ini sedangkan perkara yang lebih utama iaitu berdakwah diabaikan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment