Monday, April 18, 2016
Apa Sebenarnya Yang Berlaku Dalam SPRM? Hanya Berkata Dalam Siasatan... Dalam Siasatan?
Dengan Kerajaan DAP, SPRM seperti tenggelam punca???
Dengan kenyataan dan arahan SPRM agar skandal tanah dan pemilikan banglo
Lim Guan Eng tidak lagi diperkatakan secara awam dengan alasan ia boleh
mengganggu siasatan, semakin ramai yang menunjukkan sikap tidak senang
dengan SPRM yang jelas bersikap berat-sebelah dalam menangani isu Lim
Guan Eng dan DAP.
Sudah ada yang membuat perbandingan tindakan SPRM antara Lim Guan Eng
dengan Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor yang dijatuhi hukuman
penjara selama setahun.
Dalam kes Khir Toyo, SPRM bukan sahaja sangat cekap, tetapi juga sangat
rajin sehinggakan dilaporkan SPRM mengekori setiap pergerakan Khir Toyo.
Namun dalam isu Lim Guan Eng, nampaknya SPRM lebih segan dari malu
untuk mengambil tindakan yang serupa.
Sudah lebih sebulan semenjak Ahli Parlimen Tasek Gelugor membuat
pendedahan di Parlimen dan penyerahan bukti kepada SPRM tentang rasuah
dan salahguna kuasa Lim Guan Eng, tetapi nampaknya berita-berita lain
yang lebih didengar berbanding tindakan SPRM ke atas Lim Guan Eng dan
konco-konconya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment