Monday, April 18, 2016
Bukan Islam Tiada Hak Masuk Campur Urusan Umat Islam : Ridhuan Tee. Ada Melayu Kita Bagi Sokongan Kepada Golongan Ini
BANGI : Pendakwah bebas, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah sekali
mengingatkan bukan Islam terutamanya puak ultra kiasu supaya berhenti
masuk campur dalam urusan agama umat Islam.
Katanya, orang kafir hidup selamat di negara ini adalah disebabkan agama Islam yang melarang umatnya menzalimi orang lain.
“Apa hak bukan Islam untuk campur tangan urusan agama kita, sedangkan
kita tidak pernah mencampuri urusan mereka walaupun kadangkala
mengganggu?
“Jangan campur tangan dalam urusan agama kami. Islam adalah Agama
Persekutuan. Keistimewaan Islam mesti diiktiraf oleh semua warga
Malaysia.
“Yakinlah, kerana Islamlah, kamu berada dalam keadaan selamat di negara
ini,” katanya dalam ruang kolumnis bertajuk ‘Siapa syaitan sebenarnya?’
di Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata demikian merujuk kepada campur tangan pihak bukan Islam
yang melarang pendakwah antarabangsa terkenal, Dr Zakir Naik daripada
berdakwah di negara ini sedangkan katanya, umat Islam tidak pernah
campur tangan dalam hal ehwal agama bukan Islam.
“Pernahkah kami ambil tahu atau pergi masuk ke dalam rumah ibadat dan
kuil-kuil mereka serta menyiasat apa yang ada di sana. Jawabnya tidak,
kerana kita terlalu bersangka baik,” kata beliau yang juga pensyarah
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Sebelum ini, pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP, P Ramasamy telah
melabel Dr Zakir Naik dengan gelaran ‘syaitan’, namun kesal dengan
tindakan itu setelah dikecam oleh ramai pihak.
Sambil mempertahankan Dr Zakir Naik, Ridhuan Tee juga berasa pelik
mengapa Tokoh Maal Hijrah 2013 yang telah diiktiraf dunia dan dibenarkan
berdakwah di negara India, ditentang oleh orang kafir di negara ini.
“Sebenarnya ada yang berasa takut agama mereka terancam. Ramai yang
memeluk agama Islam selepas berdialog dengan Dr Zakir. Dr Zakir hanya
menceritakan perkara benar. Asal-usul agama besar di dunia ini tidak
menyembah berhala. Siapa yang berani menafikan fakta ini?,” soalnya.
Beliau juga mencadangkan kepada pihak yang tidak bersetuju dengan Dr Zakir supaya mengambil pendekatan berdebat.
“Saya amat yakin beliau akan menerima dengan penuh hikmah. Mengaku
sahaja, tidak ada seorang tokoh agama di dunia ini yang boleh menghafal
kitab mereka, kecuali agama Islam.
“Jika ditakdirkan semua kitab agama besar dunia dimusnah atau dicampak
ke laut, saya pasti semua agama akan musnah dan hilang, kecuali Islam
kerana walaupun al-Quran tidak berada di tangan, al-Quran akan tetap
terpahat dalam minda para ulama dan para huffaz. Al-Quran boleh ditulis
balik seperti sedia kala,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ridhuan juga menegur Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif yang bersikap apologetik dalam isu ini.
“Ada kalangan pemimpin kita yang menjadi kecut dan menggelabah, dengan
memberi bermacam-macam alasan seperti beliau datang atas kapasiti
sendiri, dengan kos sendiri. Kenapa kita perlu takut? Telur letak di
mana?
“Jawab sahaja, kami jemput dia, sebab dia bercakap benar dan orang
hebat. Kenapa berdolak-dalik? Kenapa menjadi begitu apologetik?”
katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment