Monday, April 18, 2016
Maria Chin Gagal Batal Tuduhan
KUALA LUMPUR : Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah gagal
membatalkan pertuduhan bahawa dia didakwa gagal memaklumkan kepada polis
lebih awal berhubung perhimpunan pada Ogos tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Shariff Abu Samah menolak permohonan Maria atas alasan bahawa ia tidak mempunyai merit.
Beliau mengarahkan pendakwaan terhadap Maria diteruskan.
Maria didakwa sebagai penganjur perhimpunan itu gagal memberi notis
pemberitahuan kepada polis daerah Brickfields, 10 hari sebelum
perhimpunan berkenaan diadakan.
Perbuatan itu yang melanggar Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012
didakwa dilakukan wanita tersebut di hadapan kompleks beli-belah itu di
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini antara pukul 2 petang dan
pukul 3 petang, 29 Ogos lalu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment