Monday, April 25, 2016
Isu Agihan Kerusi, Pembangkang Tidak Cekap – Zahid
KAPIT : Perbalahan yang tidak berkesudahan dalam
pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak menunjukkan
pembangkang tidak mampu menjalankan urus tadbir yang baik, kata Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Itulah sebab parti-parti pembangkang bertelagah sesama sendiri dalam
beberapa kawasan pilihan raya termasuk di luar bandar, katanya kepada
pemberita selepas memberi sokongan moral kepada calon-calon BN di pusat
penamaan calon Baleh, Pelagus dan Bukit Goram, hari ini.
Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), 7 Mei ini, Presiden
PRS, Tan Sri Dr James Jemut Masing akan mempertahankan kerusi Baleh,
muka baharu Wilson Nyabong, juga daripada PRS (Pelagus) dan calon PBB,
Jefferson Jamit bagi kerusi Bukit Goram.
Menggesa rakyat supaya menolak pembangkang, Ahmad Zahid berkata:
“Tidak ada alasan sebenar untuk rakyat Sarawak menyokong mereka.
“Mereka (pembangkang) datang dan pergi…tidak boleh menunaikan janji
dan hanya janji mulut sahaja serta mengkritik dan menyebar politik
kebencian dan kemarahan terhadap kerajaan”.
Katanya DAP, yang sebelum ini memberi tumpuan kepada kerusi-kerusi di
kawasan bandar, kini menampilkan calon di kawasan luar bandar kerana
mahu menunjukkan kehadiran parti itu di seluruh negeri ini.
“Kononnya mereka mahu menjadi pembangkang yang kuat tetapi sebenarnya
mahu ‘kacau daun’ kerana merela tahu tidak boleh menang,” katanya.
Ahmad Zahid berkata Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
melakukan usaha yang baik dalam menjaga kawasan luar bandar dan calon BN
yang berjaya boleh bergantung kepada geran pembangunan.
Katanya Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan pasukannya boleh
mengalahkan lawan masing-masing di 82 kerusi sekiranya jentera BN terus
bekerja keras dengan sokongan menyeluruh daripada rakyat.
“Sarawak memerlukan pasukan wakil rakyat yang boleh membentuk
kerajaan negeri yang mantap yang boleh terus memberi peruntukan
pembangunan bukan sahaja kepada luar bandar tetapi juga ke kawasan
bandar…sebab itu semua rakyat Sarawak harus menyokong ‘Pasukan Adenan’, ”
katanya.
Ahmad Zahid melihat kemenangan BN tanpa bertanding pada dua kerusi
iaitu Bukit Sari dan Bukit Kota sebagai petanda yang amat positif
terhadap keyakinan rakyat dengan gabungan parti memerintah itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment