Monday, April 25, 2016
"Jangan Guna Air Bersih Basuh Kereta, Siram Pokok"... Kalaulah Pemimpin BN Kata Macam Ni... Entahlah..
BANGI : Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kesal
dengan tindakan rakyat yang sewenang-wenangnya membasuh kereta dan
menyiram pokok menggunakan bekalan air bersih.
Katanya, aktiviti itu sepatutnya menggunakan takungan air hujan yang
disimpan oleh mereka, sebelum menjalankan aktiviti tersebut.
“Penduduk kena ingat kos rawat air cukup besar sebab itu kita ambil
langkah pro aktif minta rakyat berjimat cermat dalam penggunaan air
bersih,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri membelanjakan hampir RM162 juta setahun hanya untuk membekalkan air bersih kepada rakyat.
“Tapi saya dapati ramai yang guna air bersih sewenang-wenangnya untuk
aktiviti yang sebenarnya boleh gunakan sumber air lain,”katanya.
Mohamed Azmin turut meminta pihak berkuasa tempatan mengkaji semula reka
bentuk rumah baharu dibina supaya pemaju membina kemudahan untuk
takungan air hujan bagi aktiviti penduduk tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment