Friday, April 01, 2016
Objek Di Mozambique Sepadan Jet Yang Digunakan MH370
Pasukan yang menyiasat kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370,
mengesahkan kepingan nipis logam yang ditemukan di Mozambique sepadan
dengan bahagian jet Boeing 777 yang digunakan MH370 yang hilang pada Mac
2014.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) berkata, pemeriksaan dan
analisis dua objek yang ditemukan di pantai timur Afrika itu dilakukan
oleh pakar-pakar antarabangsa di Australia.
“Dimensi, bahan, dan pembinaan kedua-dua bahagian itu selaras dengan spesifikasi sebuah pesawat Boeing 777.
“Lukisan dan kepingan nipis logam pada dua bahagian tersebut sepadan
dengan yang digunakan Malaysia Airlines dan oleh itu, kedua-dua bahagian
berkenaan konsisten dengan panel pesawat MAS dan hampir pasti milik
MH370,” kata ATSB, hari ini.
Minggu lalu, pegawai penyiasat berkata, penemuan objek itu ‘konsisten
dengan model hanyutan’, seterusnya mengesahkan lagi usaha pencarian di
selatan Lautan Hindi.
Satu daripada serpihan itu ditemukan seorang remaja Afrika Selatan
berusia 18 tahun, Liam Lotter yang ketika kejadian sedang bercuti di
bandar peranginan Xai Xai pada Disember lalu di pantai dengan mempunyai
nombor siri 676EB.
Sebelum ini, satu-satunya serpihan pesawat Boeing 777 itu yang hilang
semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 orang
penumpang ditemukan pada Julai lalu di Pulau Reunion.
Sementara itu, seorang peguam dari Amerika Syarikat (AS) Blaine Alan Gibson, pula menemukan bahagian lain pesawat berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment