Thursday, April 14, 2016

PAS Umpama Pelacur Kepada PKR!!

Heh! Ini pun masih lagi PAS nak menjalinkan kerjasama Politik dengan puak PKR ni, sedangkan terang - terangan mereka disepak macam bola? Takde maruah ke puak- puak PAS ni?

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak menolak sebarang perbincangan dengan PAS, berhubung isu pengagihan kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 tidak lama lagi.

Pengerusi PKR Sarawak berkata, penyertaan PAS dalam PRN kali ini tidak menjadi pertimbangan parti itu kerana mereka bukan sebahagian daripada gabungan Pakatan Harapan.

"PAS tiada kaitan dengan kami. Di mana PAS mahu bertanding, itu hak mereka. PAS bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kesediaan dari pihak PAS berhadapan pertembungan dengan parti komponen pakatan pembangkang di beberapa kerusi PRN Sarawak akan datang.

Malah Setiausaha PAS Sarawak, Muhtar Suhaili juga turut berkata, parti itu sudah menjangkakan bakal berlaku perebutan di sekurang - kurangnya lima kerusi membabitkan PKR dan DAP.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada 6 April lalu mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding di 11 kerusi iaitu Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Sementara itu, Baru yang juga penyandang kerusi DUN Ba'kelalan berkata, PKR sedang mengintai untuk bertanding di sekurang-kurangnya 40 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Itu membuktikan bahawa PKR hari ini sudah semakin bongkak dan tidak lagi mempedulikan PAS yang selama ini banyak memberikan bantuan kepada mereka dari segi sokongan Politik.

Namun semua tu hanya sekadar sampah belaka. PKR buat PAS ni tak ubah seperti 'Pelacur' yang hanya diguna bila mereka perlu nak memenuhi nafsu dan buang sesuka hati mereka selepas mereka 'puas'. Itu je standard PAS dimata puak PKR ni!!! 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment