Ini berlaku selepas DAP Sarawak mahu PKR supaya menghormati perjanjian mereka mengenai pembahagian kerusi bagi mengelakkan terkuburnya PH.
Ketuanya, Chong Chieng Jen, berkata DAP akan mematuhi perjanjian itu dan berharap PKR akan juga melakukan perkara yang sama.
Chong berkata demikian ketika ditanya di satu sidang akhbar mengenai kemungkinan berlakunya pertembungan dengan PKR di beberapa kerusi di Sarawak.
Minggu lalu, walaupun DAP mendakwa perundingan mengenai pembahagian kerusi sudah selesai, PKR Sarawak mendakwa berlaku pertindihan di beberapa kerusi.
Dilaporkan terdapat lima kerusi yang bakal menyaksikan perlawanan tiga penjuru.
Chong berkata, pembahagian kerusi itu dipersetujui di peringkat nasional dan tidak seharusnya dipersoalkan.
“Mereka (PKR) diwakili oleh Datuk Seri Azmin Ali. Beliau ialah timbalan presiden parti.
“Jika beliau tiada kuasa, mengapa hantar beliau untuk berunding? Beliau telah bersetuju dan telah menandatangani senaskhah nota,” tambahnya.
Chong menekankan DAP akan berpegang teguh kepada perjanjian itu.
“Kami telah mengorbankan kerusi dan ramai yang berdukacita tetapi mereka sanggup pergi ke tempat lain dan membantu,” ujarnya.
“Contohnya kerusi Batu Kitang. Peluang besar DAP menang adalah di situ tetapi ia kini menjadi dua kerusi tetapi kami menyerahkannya kepada PKR.
“Maka saya menyeru PKR supaya menghormati perjanjian dan jangan menyebabkan terkuburnya parti,” tambahnya.
Khamis lalu Pemgerusi PKR Sarawak Baru Bian membuat keputusan mengejutkan itu dan sekaligus membuka kemungkinan calon-calon PKR akan menentang calon DAP di beberapa kerusi DUN pada PRN berkenaan.
Baru Bian menegaskan pihaknya tidak akan terikat dengan ketetapan untuk bertanding di hanya 40 kerusi sebagaimana yang diputuskan sebelum ini.
Beliau menegaskan PKR dan DAP masih mempunyai pertindihan mengenai parti mana harus menentang Barisan Nasional di empat atau lima kerusi DUN.
Maka bermulalah musim pemimpin-pemimpin PKR memujuk PKR Sarawak dengan mengatakan bahawa rundingan dengan DAP itu belum muktamad.
Untuk rekod, pada pilihan raya negeri 2011, DAP bertanding di 15 kawasan dan menang 12 daripadanya, manakala PKR bertanding 49 kerusi dan menang hanya tiga sahaja.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:
Post a Comment