Monday, April 18, 2016
Arab Dah Mengaku Derma, Mahathir Bila Nak Mengaku “Gila”?
EDITOR MENULIS...
18 APRIL 2016
Mahathir dimalukan lagi bila
Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengesahkan bahawa wang
berbilion yang masuk dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun
2013, sememangnya wang derma dari negara tersebut untuk Perdana Menteri.
Yang siar bukan Utusan tapi The Guardian.
Kenyataan ini konsisten dengan kenyataan
yang diberikan Jubeir kepada New York Times awal tahun ini bahawa wang
itu memang datang dari Arab Saudi, cuma persoalan dulu tu derma atau
pelaburan. Hari ini sah derma.
Nampaknya Arab tak gila bila bagi derma,
yang “gila” mungkin Mahathir. Hanya sebab dia tak dapat derma Arab masa
jadi Perdana Menteri, maka mustahil jugaklah semua Perdana Menteri
selepasnya nak terima derma Arab? Gila punya kira-kira macam itu.
Penulis menanti apa lagi akal Mahathir
selepas ini apabila Arab Saudi sendiri mengesahkan wang itu adalah
derma. Dia nak kata Menteri tu kena beli dek Najib ke atau dia nak
balik soal etika ke (seorang Perdana Menteri tidak sewajarnya terima
wang begitu banyak)?
Mana-mana satu pun, rakyat perlu
tahu bahawa Najib tidak salah, menerima derma dari luar pun tidak salah,
tidak ada undang-undang yang dilanggar, Bank Negara tahu duit itu masuk
dan tak bercakap apa. Yang salah ini adalah Mahathir dan kuncu
kuncunya.
Tapi percayalah, kenyataan dari Menteri
Luar Saudi ini tidak akan mengubah pandangan Mahathir dan pengikutnya
yang taksub. Orang sokong berasaskan ketaksuban ni apa nak guna cakap
banyak-banyak, takde hasil, cakap dengan tiang lebih baik. Dia percaya
Mahathir betul jugaklah walaupun terang-terang salah, taksublah katakan.
Rakyat hendaknya jangan letak diri
serendah penyokong Mahathir. Itu puak taksub bukan tau apa benda,
Mahathir saja yang betul, orang lain semua yang salah. Waima terbukti
banyak kali bahawa ia adalah Mahathir sebenarnya yang salah, bukan puak
ini peduli.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment