Monday, April 18, 2016
#PRNSarawak : PKR Seolah Hilang Nafsu, Pakatan Macam Tak Wujud
Antara 3 parti utama pembangkang dari
Semenanjung yang mengintai peluang dalam Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN
Sarawak), PKR dilihat parti yang tak begitu bernafsu berbanding DAP dan
PAS. PAN pun parti pembangkang jugak, tapi bukan yang utama sebab itu
tidak dikira.
Cakap pasal PKR, biasanya dalam
mana-mana pilihanraya, dia yang mulut paling besar tapi kali ni adalah
bunyi, tapi bunyi tikus pun lagi kuat. Dah kenapa?
Malah, Pakatan Harapan yang kecoh
penubuhannya di Semananjung, hampir tidak nampak dalam kempen
pilihanraya negeri Sarawak kali ini. Masing-masing nampaknya bergerak
sendiri, majlis kalau ada pun (pengumuman calon contohnya), (diadakan)
asing-asing, macam tidak berkomponen sekalipun Pakatan Harapan ini
penubuhannya kita tahu dialas dengan perjanjian, bukan air liur
semata-mata seperti Pakatan Rakyat dulu.
Permainan apakah ini?
Hati kita kuat mengatakan Pakatan
memang ada goyang ini kali. Adalah yang tak kena di sana sini sehingga
dah tak berapa lama sebelum hari penamaan calon pun, pergerakan mereka
secara bersama, macam tidak wujud. Sementara kita faham dengan PAS tapi
sedikit tak faham dengan PKR dan DAP, terutama PKR.
Siapa calon Ketua Menteri kok puak ini
menang pun masih tak dengar sampai hari ini.
Banding dengan 2011 dulu,
nama Baru Bian yang disebut-sebut, kali ini macam orang DAP seklaipun
tidak diumum secara rasmi.
Kalau dah sebelum bertanding pun dah
menunjukkan ketidakstabilan, bagaimana pulak kalau bertanding dan
menang? Takkan semuanya nak jadi tangkap muat seperti bila menang
pertama kali di Selangor 2008 kot?
Apa pun ini bukan alasan untuk BN
bersenang-senang tapi bukan juga sebab untuk rasa tertekan. Musuh
paling utama sudah tentulah DAP dan ini tidak berubah, bagaimana
sekalipunlah yang terjadi kepada PKR dan PAN. Ingat macam itu cukup.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment