Monday, April 18, 2016

Masa Menteri Saudi Kata Pelaburan Tak Pula Minta Bersumpah?

120411-D-BW835-034
Ada 2 kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir ini yang menarik minat orang di Malaysia. Pertama sekali bila beliau mengatakan kepada akhbar New York Times (NYC) Februari lepas bahawa BELIAU PERCAYA (tak pasti sangat) bahawa wang RM 2.6 billion yang masuk akaun Perdana Menteri pada 2013 adalah satu pelaburan.

Kali kedua kelmarin, bila kali ini beliau mengesahkan bahawa wang itu adalah derma yang tulin dari negaranya, turut disebut tanpa mengharapkan balasan dan lain-lain. Mana-mana satu pun, yang penting wang itu (derma atau pelaburan) adalah datangnya dari Arab Saudi – bukan 1MDB seperti yang dituduh.

Puak penyokong pembangkang dan mantan ahli UMNO Mahathir Mohammad, berbeza penerimaannya dari 2 kenyataan itu. Masa kenyataan yang pertama keluar, puak-puak ini terima tanpa bahas, tujuannya nak menuduh Najib penipu (sebab Najib kata derma), tapi bila kenyataan yang kedua keluar, tiba-tiba mereka pusing minta Menteri berkenaan bersumpah, buat depan PAC dan sebagainya. Yang Mukhriz pula kata tak boleh nak percaya begitu saja.

Kenyataan yang pertama boleh percaya begitu saja?

Pendek kata, ini semua permainan politik, tiang golnya berubah-ubah. Jawap macam ini, tanya macam itu, jawab lagi, dia tanya lain pulak  Mengukuhkan lagi kenyataan bahawa puak-puak ini minat mereka bukan pada kebenaran tapi lebih kepada bagaimana nak pusing dan tunggang terbalik kan isu sahaja. Bab dakwaan duit dari 1MDB, senyap begitu saja.

Jadi apa keperluan rakyat melayan semua permainan politik ini? Bukan isu asli pun sehingga nak mengatakan Najib tak layak jadi Perdana Menteri. Sepatutnya puak-puak ini minta maaf pada Najib sebab tuduh wang itu dari 1MDB bila tidak ada bukti sama sekali nak mengatakan wang itu dari 1MDB, sebaliknya dari Arab Saudi.

Mahathir tu, bila-bila masa boleh gol, lagi nak menegak benang yang basah buat apa?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment