Monday, April 18, 2016
#PRNSarawak : “Saya Minta Maaf BN Tidak Dapat Bina Jalan Raya Atas Langit” – Adenan Satem
Ketua
Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, memohon maaf
kepada para pemilik tanah yang terbabit dengan pengambilan tanah bagi
tujuan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.
“Saya minta maaf kerana perlu melakukan pengambilan tanah ini.
Barisan Nasional tidak dapat membuat jalan raya atas langit. Yang saya
tahu buat jalan raya atas tanah, tapi mungkin pembangkang boleh buat
jalan raya 1000 kilometer atas lagit.”
Beliau berkata demikian sebagai menyindir usaha pembangkang di
Sarawak yang menghasut rakyat agar tidak mengundi Barisan Nasional
kerana merampas tanah untuk tujuan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang
menghubungkan Sabah dan Sarawak.
Dalam pertemuan bersama rakyat di Sibu Khamis lalu, Adenan turut
melakukan penyerahan cek kepada 783 orang pemilik tanah yang terbabit
dalam Fasa 1 pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo. Proses pengambil alihan
tanah untuk Fasa 1 ini membabitkan RM 25 juta.
Adenan turut menyelar propaganpa pembangkang di Sarawak yang mendakwa kerajaan mengambil tanah tanpa sebarang bayaran pampasan.
“Terdapat pihak-pihak tertentu yang membuat propaganda menyatakan
kerajaan mengambil tanah orang tanpa bayaran. Cuba kamu semua lihat
dalam majlis ini hari ini yang menerima cek. Jadi mereka ini berbohong
sahaja.”
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment