Thursday, April 14, 2016
Sumbangan Derma Kepada Najib Memang Dari Arab Saudi – Adel Al-Jubeir
Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir hari ini
mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak, memang datang daripada negara itu.
“Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan
tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam
Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu
dan mendapati tiada salah laku.
“Justeru, setahu kami, isu itu ditutup,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini Khamis. Sebelum itu, Adel mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib di luar
Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di sini.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada 26 Jan lepas, telah
membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan
terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan
telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Mohamed Apandi berkata siasatan menunjukkan bahawa jumlah yang
dimasukkan ke dalam akaun ialah RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan
peribadi daripada keluarga diraja Saudi pada 2013, dan RM2.03 bilion
kemudian telah dipulangkan kepada penderma pada tahun yang sama.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment