Thursday, April 14, 2016

Kerajaan DAP Tak Jaga Kebajikan Pengguna Jalan Raya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFq2bTv0chSESQwW01SjxCEi95f8pZICz6zs-rhVKcwz-Kfat4knTvOznVdcshXGP-lqZU96SeNww0v9MVEIEFAOf57k3VK-z86T3xuvfE14IKXp9CTlQs-Twk-IpzNPxEvZQOJ1J4p1Y/s1600/traffic+in+Bayan+Baru.JPG
Nampak sangat yang kerajaan DAP Pulau Pinang langsung tidak jaga kebajikan pengguna jalan raya di negeri tersebut. Mana tidaknya, sampai kena paksa oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) untuk meneliti semula tahap kerosakan jalan raya yang dialami sekitar Pulau Pinang.

DAP Pulau Pinang ternyata ambil mudah mengenai aspek keselamatan para pengguna jalan raya di negeri tersebut. Dengan keadaan jalan raya yang tidak rata, serta berlubang… Langsung tidak menepati standard yang telah ditetapkan.

Sepatutnya kerajaan DAP tidak lepas tangan, kerana keadaan jalan raya yang nazak tersebut mungkin boleh membahayakan nyawa pengguna. Atau mungkin kerajaan DAP memang suka tengok orang Pulau Pinang mati kemalangan??

Tak kan semua benda nak kena ajar kot?? Kerajan DAP harus bertindak dengan memberi arahan kepada kontraktor yang terlibat dalam pembinaan jalan raya. Beri mereka tanggungjawab untuk membaik pulih keadaan jalan raya yang berlubang sana sini tu. Bukannya buat tak tahu je, duit dok masuk tiap-tiap bulan, tapi kebajikan rakyat tak jaga.

Presiden CAP S.M. Mohamed Idris berkata, tinjauan CAP baru-baru ini sangat menyedihkan. Sudah la banyak jalan yang berlubang sana sini, paling teruk jalan utama pun dah macam nyawa-nyawa ikan! Antara jalan utama yang rosak teruk adalah sepanjang Jalan Sultan Ahmad Shah, Jalan Thean Teik, Jalan Paya Terubong, Jalan Jelutong, Jalan Perak dan Jalan Hutton.

"Jalan raya yang rosak akan membahayakan pengguna, terutama sekali jika Pulau Pinang menjangkakan kemasukan pelancong yang lebih ramai ketika musim cuti sekolah mahupun perayaan," katanya.

Malu dekat pelancong luar… Jalan macam dengan apa lagi! Kata kerajaan DAP pemerintah paling terbaik.. Tapi masalah jalan pun tak boleh nak selesaikan. Apa yang dorang tahu, cuma mintak duit konon nak buat projek itu ini, tapi hasil macam tahi ayam je!

Kerja tak buat tapi sibuk nak ambil tahu pasal isu kerajaan lain… Sibuk je nak masuk campur jaga tepi kain parti lain. Hal rumah tangga sendiri terabai, sampaikan CAP sendiri pulak yang kena kerah tenaga kerajaan DAP ni.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment