Thursday, April 14, 2016
Rani Kulup Mahu Ceramah Zakir Naik Diteruskan
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul
Rani Kulup Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Rani,
nampaknya seperti tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Polis
Negara.
Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid mengarahkan supaya
membatalkan ceramah yang bakal disampaikan oleh penceramah antarabangsa,
Dr Zakir Naik bertempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)
pada 17 April ini. Akan tetapi dipertikaikan oleh Ayah Rani
Ceramah yang bertajuk Similarites Between Hinduism & Islam
(Persamaan antara Hinduism & Islam) terpaksa dibatalkan, kerana
tidak mendatangkan sebarang manfaat dan kebaikan kepada masyarakat
majmuk di negara ini. Malah ia juga dikhuatiri bakal menggangu keamanan
negara.
Tidak dapat menerima kenyataan tersebut, Ayah Rani menggesa supaya Ketua
Polis Negara menarik balik pembatalan ceramah yang dikeluarkan sebelum
ini. Mungkin Ayah Rani tidak pedulikan mengenai ceramah yang disifatkan
sebagai melanggar hak perkauman itu.
Malah bagi Ayah Rani, dia menyifatkan bahawa tindakan membatalkan
ceramah Dr. Zakir Naik telah membuatkan ramai rakyat Malaysia mogok dan
tidak bersetuju. Bahkan menganggap kehadiran Dr. Zakir Naik hanya untuk
menjelaskan mengenai agama, dan bukan untuk menyerang agama kaum lain.
“Saya menyeru kepada Ketua Polis Negara agar pertimbangkan untuk tarik
balik pembatalan ceramah Dr Zakir Naik bagi mengharmonikan keadaan
negara pada ketika ini. Saya respect dan salut.
“Kalau tentang faktor keselamatan polis kan ada, kita ramai (badan
beruniform keselamatan) askar dan lain- lain. Jagalah elok-elok, tak
adalah kecoh. Faktor keselamatan ni, kalau Dr Zakir Naik pergi pelbagai
negara, mesti dia dikawal elok-elok. Malaysia ni hebat, PDRM terbaik
dalam dunia takkan tak boleh. Saya menyokong PDRM Malaysia ni bagus.
Fikir balik elok-elok, saya salut.
“Sila buat sesuatu yang terbaik untuk negara ini,” katanya.
Luahan hati yang menyentuh perasaan tersebut, disampaikan Ayah Rani
selepas dia membuat laporan polis mengenai Timbalan Ketua Menteri Pulau
Pinang, Prof Dr Ramasamy yang telah mencetuskan sentimen keagamaan
dengan menghina penceramah itu, malah menyifatkannya sebagai syaitan.
Mungkin ada sebab mengapa Ketua Polis Negara bertindak sedemikian,
sebabnya bab agama India ni mereka sensitif sikit. Kejap lagi orang India
mengamuk.., haaaaa.. Habis kau orang.. Hahaha!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment