Thursday, April 14, 2016
Dr. Zakir Naik Berterima Kasih Kepada HINDRAF
Dr. Zakir Naik berterima kasih kepada HINDRAF yang disifatkan oleh beliau memberi publisiti percuma kepadanya.
Kata beliau, tentangan beberapa pihak yang tidak senang dengan kedatangannya ke sini adalah cabaran untuknya.
Biarpun begitu beliau bersyukur kerana kontroversi membabitkan dirinya berjaya menyatukan umat Islam khususnya di negara ini.
"Saya berterima kasih kepada Hindraf kerana memberi publisiti percuma
kepada saya. Sekarang semakin ramai yang datang mendengar syarahan saya.
"Saya gembira apabila tentangan itu membuka mata dua parti politik Islam di Malaysia iaitu UMNO dan PAS untuk bersatu.
"Apa yang dapat dilihat, apabila musuh datang, nampak umat Islam semakin
bersatu. "Itu cabaran biasa sebagai pendakwah. Itu sifat manusia biasa
apabila ada yang suka dan tidak suka.
"Apa yang saya percaya, jika saya dapat menyatukan umat Islam walaupun
kecil, saya bersyukur kepada Allah dan berdoa semoga Allah memberkati
usaha dakwah ini," katanya ketika syarahan umum bertajuk "Adaah Allah
Wujud" di pekarangan Sekolah Menengah Imtiaz Besut.
Mengulas tentang tajuk syarahannya di Melaka yang terpaksa ditukar,
Zakir berkata beliau akur dengan permintaan pihak berkuasa dan bersedia
untuk sebarang perubahan biarpun di saat akhir.
"Dengan apa yang berlaku ini, saya dapat rasakan jumlah hadirin yang akan datang ke syarahan umum saya di Melaka akan bertambah.
"Saya dapat rasakan penduduk Melaka semakin tidak sabar menantikan
kehadiran saya," katanya. Beliau berkata, ini adalah kali keenam
kedatangannya ke Malaysia dalam tempoh 20 tahun dan setiap kali syarahan
jumlah pengikutnya semakin bertambah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment