Tuesday, April 26, 2016

Wanita BN Yakin Undi Golongan Wanita Pada PRN-11 Kekal

KUALA LUMPUR : Peranan Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) sebagai perantara antara rakyat dan kerajaan bukan sekadar semasa pilihan raya tetapi ia dilaksanakan secara berterusan.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata menerusi pelbagai program yang dilaksanakan, pihaknya sentiasa mendapatkan maklum balas terhadap isu-su yang dihadapi rakyat.

Mengenai Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), katanya semua jentera wanita BN di peringkat pusat dan negeri telah dikerah untuk turun padang.
wanita BN 
“Pergerakan Wanita BN akan terus memainkan peranan sebagai perantara rakyat dengan pihak berkuasa, jentera wanita BN Sarawak kini lengkap dan sangat luar biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Persidangan UMNO peringkat cawangan Kampung Melayu FRIM Fasa 3 di sini, hari ini.

Beliau berkata undi daripada golongan wanita kepada BN sangat besar dan pihaknya yakin ia akan dapat dikekalkan pada PRN-11, 7 Mei ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 7 Mei sebagai hari mengundi dan hari penamaan calon Isnin ini.

Sarawak mempunyai 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk 11 kerusi baharu dengan 1.14 juta pengundi berdaftar yang layak untuk mengundi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment