Monday, March 09, 2015

DAP Pakar Main Wayang Putar Belit Alih Isu

2 Mac 2015, NIBONG TEBAL : Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Penduduk (JPP) Bandar Tasek Mutiara, Mohd Norhiesam Ismail berkata, isu pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diperjuangkan Dap berkemungkinan hanyalah untuk mengalihkan isu agar rakyat lupa akan masalah dalaman parti tersebut.
dap_logo-crop.storyimage
Jelasnya, Dap yang disaluti kemelut selepas selesai pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat Dap (CEC) yang dilangsungkan Disember 2012 lalu, seakan menjadikan isu pilihan raya PBT sebagai tembok daripada terus diasak tentang status CEC.

“Dap memang dikenali sebagai sebuah parti yang amat licik di dalam mengalihkan isu. Mereka akan mencipta pelbagai isu agar tidak terus diasak dengan perkara-perkara yang akan merosakkan parti tersebut.

“Jika tidak mampu untuk mengalihkan isu, maka kesalahan demi kesalahan pula akan diletakkan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

“Seboleh-bolehnya Dap mahu terus dikenali sebagai sebuah parti yang kononnya memenuhi ciri-ciri demokrasi. Mereka sering mendabik dada bahawa Dap parti yang telus tapi sebenarnya ini semua hanya indah dari luaran sahaja. Praktikalnya langsung tidak berjaya diterjemahkan,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Norhiesam, bagaimana Dap hendak dikatakan sebagai sebuah parti yang demokrasi dan telus kerana pemilihan CEC adalah contoh terbaik yang menggambarkan bahawa Dap adalah sebuah parti yang penuh penyelewengan dan hanya tahu bercakap.

“Persoalan tentang 753 perwakilan yang dinafikan hak mengundi masih tidak terjawab sehingga kini. Ahli mereka sendiri mempersoalkan perkara ini… bukan orang luar.. jauh sekali UMNO.

“Daripada keseluruhan perwakilan yang berjumlah 2,576 orang tapi yang layak untuk mengundi hanyalah 1823 orang perwakilan. Tambahan pula sebelum itu Penganjur Kebangsaan Dap, Teresa Kok dan Pengerusi Dap Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sendiri telah mengesahkan seramai 2,576 perwakilan dari 730 bahagian akan mengundi bagi memilih ahli CEC yang baru. Tiba-tiba ianya berubah.

“Alasan diberi terdapat kesilapan ketika mengira… adakah ini bukti Dap mengamalkan ketelusan… Dap ini sebenarnya ibarat ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan betul,” katanya.

Oleh itu ujar beliau, menyedari penyelewengan dan ketidaktelusan ini semakin disedari ahli-ahlinya dan rakyat maka isu demi isu direka termasuklah isu pilihan raya PBT.

“Kesimpulan yang boleh dibuat adalah, Dap hanyalah sebuah parti yang pakar bersandiwara dan beretorik,” jelasnya lagi.  

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment