Monday, March 09, 2015

Najib Tidak Akan Tumbang Melalui Demo Jalanan

RENCANA

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri tidak akan tumbang dengan demonstrasi jalanan.

Rakyat Malaysia secara keseluruhannya masih mahukan keamanan dan ketenteraman serta mereka masih percaya pada dasar-dasar kerajaan.

Pada himpunan Kita Lawan yang diadakan Sabtu lalu, kira-kira 2,000 yang hadir itu sebenarnya hanya suka-suka dan kerana ada habuan yang dijanjikan kerana menghadiri perhimpunan seperti itu.

Sebenarnya mereka semua tidaklah tertindas dan menghadapi kehidupan yang sengsara sangat seperti yang digembar-gemburkan ekoran keadaan ekonomi dan kenaikan harga barang kononnya.

biadap-kitalawan-agong-670x364

Mereka sebenarnya segelintir yang gemarkan konflik dan penentangan kerana apabila ada sahaja yang mereka tidak puas hati mereka akan menentang, jika ada ketua yang suruh berdemonstrasi, pun mereka akan lakukan.

Puak-puak itu akan hanya sanggup berada di lokasi himpunan selama beberapa jam sahaja selepas itu sudah mahu berkira-kira untuk pulang ke rumah yang pastinya lebih selesa.

Pada hari himpunan Kita Lawan di depan Sogo itu, malamnya ada beberapa perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia berlangsung di beberapa lokasi di seluruh negara.

Mana sanggup, mereka nak berdemo lama-lama di tengah ibu negara yang panas dan sesak, kerana itulah belum pun sempat petang lokasi perhimpunan sudah pun lengang dan kosong.

Semuanya bekejar hendak pulang menonton bola sepak di televisyen HD yang sudah tersedia di rumah.

Isteri pula sudah berjanji hendak memasak masakan sedap, lagilah tak ada semangat nak berdemo lama-lama.

Keadaan itu amat berbeza dengan di negara-negara lain yang rakyatnya memang menderita dan telah sengsara dek kerana permainan politik para pemimpin mereka.

Di Mesir, ketika era kejatuhan bekas Presiden Hosni Mubarak, ratusan ribu rakyat Mesir yang benar-benar sudah hilang sabar berkampung di Dataran Tahrir selama berhari-hari tanpa ada rasa jemu.

Mereka juga sanggup berhadapan dan bergelut dengan pihak polis sampai ada yang terbunuh dan cedera demi memperjuangkan apa yang mereka mahu.

Di Thailand, satu masa dahulu protes menggulingkan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra para pendemo sehingga berjaya melumpuhkan bandaraya Bangkok demi mahukan Thaksin meletakkan jawatan.

Ini sebenarnya bukti Najib, dan anggota kerajaan telah berusaha sedaya upaya memberikan yang terbaik dalam menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.

Himpunan Kita Lawan hanyalah keinginan rakus PKR yang mahu membelakangkan undang-undang bagi mendesak ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dipenjarakan kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan ada 2008.

Mahkamah Persekutuan dengan panel lima hakim sebulat suara memutuskan Anwar bersalah.

Bagi pihak Anwar, tidak habis-habis menuduh jenayah liwat yang dilakukannya sendiri adalah satu konspirasi politik ke atas dirinya yang langsung tidak berjaya dibuktikan di mahkamah.

Selagi kerajaan BN menjalankan pentadbiran sebegini dengan baik, selagi itulah puak yang menganjurkan demonstrasi tidak akan dapat mencapai matlamat mereka dengan cara sebegitu.

Dipetik daripada : UMNO Online

No comments:

Post a Comment