Monday, March 02, 2015

PasMa Cuba Bunuh Pas Dalam Diam

3 Mac 2015 : Bila kita tengok kenyataan demi kenyataan diantara Parti Pas dan adik beradik kembar tak berapa nak irasnya PasMa, masing-masing masih lagi ‘playsafe’ diantara satu sama lain. Taknak tunjuk bahawa diantara mereka mengalami perselisihan faham yang agak besar.

Sedangkan diakar umbi, gerakan kumpulan PasMa, sangat hebat dan ada di beberapa tempat mereka ini, menekan kumpulan penyokong Ulamak (Pas lama) dengan kebangkitan kuasa baru (PasMa) yang ramai dianggotai oleh anak muda.

Anak muda dalam Pas menganggap cara perjuangan lembut dan tidak aggresif yang diamalkan Pas selama ini tidak lagi relevan. Mereka tertarik dengan cara PasMa yang agak keras dan sanggup buat apa saja demi mengalahkan lawan mereka.

Musuh utama PasMa adalah UMNO/BN, tetapi sekarang ni, mereka lebih menumpukan gerak kerja bawah tanah dalaman Pas, untuk mengambil alih Pas lama supaya dijadikan Pas baru yang kononnya dikatakan lebih aggresif dan mantap.

Contohnya ada satu kejadian di Kelantan, di mana bantuan kemanusiaan dari Pas negeri lain, telah disekat oleh sekumpulan orang PasMa, kononnya mereka akan membantu Pas negeri berkenaan mengagihkan barang pada mangsa banjir.

Memang PasMa mengagihkan barang bantuan tersebut pada mangsa banjir, namun mereka hanya memberikan barang bantuan tersebut pada kumpulan mereka sahaja dan mengakui barang bantuan tersebut kepunyaan PasMa.

Ada satu kejadian di mana, kumpulan PasMa ini turun untuk menghantar barangan bantuan, tapi bila disedari kampung yang mereka singgah tiada kumpulan PasMa, mereka menyerahkan semua barangan tersebut kepada JKKKP.

Mereka sanggup tidak memberikan barang bantuan pada ahli Pas pro Ulamak, dan menyerahkan semuanya pada JKKKP (sudah tentu orang UMNO).

Begitu dahsyatnya perselisihan di antara dua kumpulan Pas yang kononnya di depan media mereka tiada masalah. Tapi dibelakang media, kebencian diantara mereka lebih dari mereka membenci UMNO.

Jika dilihat pada kejadian itu, apakah kita masih boleh menganggap pemilihan dalam Muktamar Pas pada tahun ini, kerusi presiden Pas tidak akan dicabar oleh sesiapa dari PasMa?

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment