Monday, March 09, 2015
Tuan Ibrahim Cabar Hadi Untuk Jawatan Presiden ?
PAS Kota Baharu Calonkan Tuan Ibrahim Jawatan Presiden PAS
10 Mac 2015 : PAS kawasan Kota Baharu mencalonkan Naib Presiden PAS Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man bagi jawatan Presiden PAS pada Muktamar Tahunan Ke-61
PAS Pusat, Jun depan.
Yang Dipertua PAS kawasan itu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
berkata pencalonan Tuan Ibrahim itu dibuat atas keyakinan bahawa Datuk
Seri Abdul Hadi Awang tidak mempertahankan jawatan presiden pada
muktamar berkenaan.
Abdul Hadi yang kelihatan uzur lebih layak dilantik sebagai Mursyidul
Am PAS kerana tanggungjawab tersebut lebih ringan berbanding jawatan
presiden, kata Wan Abdul Rahim pada sidang media di Kota Baharu, Isnin
malam.
Wan Abdul Rahim berkata pencalonan Tuan Ibrahim itu dicapai pada Mesyuarat Agung PAS kawasan Kota Baharu, juga Isnin malam.
Ketua PAS kawasan itu, bagaimanapun berkata bagi jawatan lain seperti
timbalan presiden dan naib presiden, pihaknya tidak mengemukakan
pencalonan bagi mengelak berlaku kontroversi.
Jawatan Mursyidul Am PAS kosong berikutan penyandangnya Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Feb
lepas.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment