Monday, June 01, 2015
ADUN Pelagus (Sarawak) Cedera Parah
1 Jun 2015, Sibu : Anggota Dewan Undangan Negeri
Pelagus, George Anak Lagong berada dalam keadaan kritikal namun stabil
di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu selepas terbabit dalam
kemalangan di Sebangkoi, kira-kira 10 kilometer dari pekan Sarikei
petang semalam.
Menurut Nelson Janting, adik iparnya, George, 55, yang ditemani
isterinya Sumi Janting, 50, dan dua anak lelaki mereka dipercayai hilang
kawalan ke atas kenderaan pacuan empat rodanya dan terjatuh ke dalam
jurang.
“George mengalami kecederaan kepala yang serius sementara isteri dan
seorang anaknya cedera ringan. Seorang lagi anaknya tidak cedera tetapi
terkejut dengan kejadian itu,” katanya.
Beliau berkata George dihantar ke hospital dengan ambulans dan beliau
menjalani pembedahan selama empat jam. Sumi dan anaknya pula dirawat di
Hospital Sarikei.
Nelson berkata George dan keluarganya dalam perjalanan dari Kuching
menuju Bintulu bagi menyertai majlis pertemuan Hari Gawai dengan
keluarganya.
George menang kerusi Pelagus atas tiket Bebas pada pilihan raya negeri pada 2011.
Beliau kemudian menyertai Parti Pekerja Sarawak (SWP) sebelum
menyertai parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) iaitu parti rakan Barisan
Nasional, tetapi kemudian meninggalkannya.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment