Wednesday, June 03, 2015

Azmin Sanggup Masuk Longkang, Panjat Lori Sampah, Patut Serius Tangani Isu Air

4 Jun 2015, Kuala Lumpur : Kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Azmin Ali disaran memberi tumpuan dan perhatian serius berhubung kebimbangan mengenai masalah air dengan mencari jalan penyelasaian segera dan bukannya terus berpolitik.
http://www.kwiknews.my/sites/default/files/azmin%20ali%20tmi%20k_4.jpg
Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata sampai bilakah penyelesaian berkenaan mendapat kata putus kerana masalah air adalah perkara utama yang perlu diberikan tumpuan.

Tegas beliau sehingga kini perkara-perkara berbangkit dan juga jalan penyelesaian terbaik mengenai projek pembinaan loji rawatan air Langat 2 contohnya difahamkam masih belum mencapai kemajuan yang sebenarnya.

“Sepertimana yang disebutkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar baru-baru ini, projek Langat 2 dan isu penstrukturan air di Selangor perlu dilihat daripada dua sudut berbeza kerana projek itu perlu disegerakan demi kepentingan rakyat untuk jangka masa panjang.

“Itulah penekanan dan perkara utama yang perlu dilaksanakan oleh YB Menteri Besar. Jika Azmin seorang yang prihatin hingga sangggup turun ke longkang dan memanjat lori sampah, apalah salahnya beliau turut mengambil pendekatan yang sama dalam soal ini.

“Ini adalah masalah dan fokus yang cukup penting kerana jika berlaku masalah air kesannya amat dirasai oleh penduduk di Selangor ini. Sebelum ini pun kita dapat lihat bagaimana jika berlaku masalah air betapa sukarnya untuk rakyat berdepan dengan situasi berkenaan,” katanya kepada UMN0-Online, di sini, hari ini.

Sebelum ini, UMNO Selangor mahu projek pembinaan loji rawatan air Langat 2 disiapkan dengan kadar segera bagi mengelak gangguan air serius yang diramal berlaku di negeri itu dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata projek Langat 2 dan isu penstrukturan air di Selangor perlu dilihat daripada dua sudut berbeza kerana projek itu perlu disegerakan demi kepentingan rakyat untuk jangka masa panjang.

“Pembinaan terowong yang merupakan sebahagian projek Langat 2 untuk menyalur air mentah dari Pahang ke Hulu Langat, Selangor sudahpuh siap tetapi loji Langat 2 masih belum siap lagi.

“Saya difahamkan kemajuan projek loji Langat 2 pada masa ini tak sampai dua peratus. 

Kalau projek ini tidak disegerakan, maka Selangor akan menghadapi masalah air dalam tiga ke empat tahun akan datang,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Ekspo Teknologi Hijau 2015 di sini, baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut Mat Nadzari seterusnya menambah Azmin perlu lebih rasional dan perlu memuktamadkan segala perjanjian dan perkara yang berhubung kait dengan kadar segera.

“Kita bukannya mahu berpolitik dalam isu yang melibatkan perkara asas rakyat seperti air ini. Ini adalah keutamaan dan ini adalah untuk kepentingan semua pihak. Janganlah gelisahkan lagi rakyat Selangor dengan masalah ini,” katanya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment