Wednesday, June 03, 2015
Cubaan Kaitkan UMNO Dengan Golongan Ulama. Fitnah Lagi!
EDITOR MENULIS...
3 JUN 2015
Mungkin sudah menjadi lumrah kepada PAS,
yang sangat gemar menyalahkan UMNO dalam apa jua tindakan mereka. Secara
tidak langsung, ia menerbitkan kebencian yang tinggi di kalangan ahli
PAS terhadap UMNO.
Sentimen inilah yang cuba dimanipulasi
oleh kumpulan tertentu di dalam PAS, dalam usahanya untuk menguasai
parti itu dalam pemilihan parti esok.
Saya sangat yakin bahawa kain rentang
di atas adalah sebahagian dari gerak saraf kumpulan tersebut. Sekali
imbas sahaja, kita dapat menduga ianya bertujuan untuk menerbitkan
kebencian kepada Hadi Awang sekaligus memberi impak negatif kepada
perwakilan yang bakal memilih.
Ejen UMNO, itulah mesej yang hendak disampaikan.
Secara tidak langsung, saya boleh
tafsirkan bahawa ada kumpulan di dalam PAS yang terasa bahangnya apabila
seringkali dikaitkan dengan DAP. Bezanya, dalam isu kaitannya dengan
DAP, ia bukan sekadar kaitan, tetapi juga berdasarkan persamaan ucapan,
idea dan sokongan yang ditunjukkan oleh segelintir pimpinan PAS kepada
DAP.
Kini, setelah mereka terasa akan impaknya, strategi yang sama cuba pula digunapakai.
Cubaan untuk mengaitkan UMNO dalam
muktamar kali ini adalah jelas. Terdahulu, saya ada mengulas tentang
“printscreen” yang diterima dari teman-teman PAS. Di dalam mesej
berkenaan, nama Ku Nan turut juga disebut, selain cubaan untuk
memburuk-burukkan calon Ketua Dewan Pemuda PAS.
Anehnya, samada kain rentang mahu pun
“printscreen” berkenaan merujuk kepada sasaran yang sama, iaitu pro
ulama PAS. Terpulanglah kepada ahlul PAS, kerana itu parti mereka. Yang
penulis tidak setuju ialah pihak luar turut diheret sama.
Sehingga pada artikel ini ditulis, masih
belum ada penafian dari mana-mana pimpinan UMNO Selangor tentang kain
rentang berkenaan.
Penulis, tetap yakin bahawa kain rentang berkenaan bukan daripada UMNO Selangor.
Mereka yang bersungguh hendak menguasai PAS, UMNO juga yang dipergunakan.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment