Wednesday, June 03, 2015
Pemuda PAS Pusat Bacul, Pengecut – PAS Wilayah
3 Jun 2015, Kuala Lumpur : Pemuda PAS Pusat tidak beriman dan pengecut kerana membiarkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dihina DAP.
Kenyataan terang dan jelas itu dibuat Wakil Pemuda PAS Wilayah
Persekutuan, Mohd Ridzuan Ariffin ketika membahaskan ucaptama Ketua
Pemuda PAS.
“Dia menyerang dan menghina Presiden PAS, Pemuda diam bisu seribu
bahasa, ini bukan simbol anak soleh yang melihat bapanya dihina.
“Ini bukan sifat pemuda beriman tetapi pengecut,” katanya.
Dalam masa sama, Ridzuan turut memberi ingatan yang beliau tidak akan berdiam diri sekiranya Abdul Hadi terus dihina.
“Kepada rakan pakatan mahupun lawan, Pemuda PAS tidak akan sesekali
benar presiden kami dihina dan ditentang, kami akan buat apa sahaja
untuk pertahankan presiden kami,” tegasnya di hadapan seluruh perwakilan
di Shah Alam, Rabu.
Perwakilan PAS Perlis, Azahari Osman turut menyatakan kekecewaannya
terhadap segelintir ahli PAS yang dituduh berlidah syaitan kerana
sanggup menyebar fitnah.
“Di peringkat Pemuda, saya agak kecewa apabila ada segelintir ahli
PAS bahkan kepimpinan yang jadi lidah syaitan dalam jemah kita, inilah
golongan yang cuba timbulkan huru hara dalam jemaah kita,” katanya.
Dipetik daripada sumber : BNBBC
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment