Wednesday, June 03, 2015

Mesej What’sApp Yang Menggegar Pemilihan Ketua Dewan Pemuda PAS

fitnah muktamar pas 
EDITOR MENULIS...
3 JUN 2015

Pagi tadi, saya menerima “printscreen” dari rakan di dalam PAS, yang mendakwa wujudnya salahlaku menggunakan wang oleh kumpulan tertentu dalam menggerakkan kempen pemilihan pada muktamar kali ini.

Nama-nama seperti Nik Abduh, Din Tantawi dan Zaharuddin MSU dikaitkan sebagai antara pemain utama dalam penggunaan wang tersebut.

Hairannya, nama-nama yang dikaitkan itu secara terang-terangan adalah kumpulan pro ulama, yang juga secara terangan menentang kepimpinan pemuda yang sedia ada.

Apa motif di sebalik “printscreen” ini?

Mengikut maklumat dalaman yang penulis terima, segala yang tertulis didalam aplikasi What’sApp tersebut adalah palsu. Ia didakwa disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak suka dengan keputusan Nik Abduh untuk bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS.

Tidak cukup dengan itu, perbincangan tersebut juga telah menyebut nama Ku Nan, yang penulis percaya satu cubaan untuk mengaitkan UMNO dengan kumpulan yang dipimpin oleh Nik Abduh itu.

Penafian tentang kesahihan “printscreen” ini telah dibuat sendiri oleh Ustaz Zaharuddin Muhamad, Yang Dipertua PAS Kawasan Subang.

Penulis percaya, UMNO juga tidak mahu campurtangan dengan apa jua urusan PAS. Apatah lagi, PAS kini terkenal dengan sikap “u-turn” nya…

Hari ini sokong, esok tidak. Lebih baik buat hal masing-masing.
pemuda pas fitnah

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment