Wednesday, June 03, 2015

Pro Ulama Akan Menang Tapi PAS Tetap Dalam Pakatan

muktamar-PAS
EDITOR MENULIS...
3 JUN 2015

Rata-rata pertandingan dalam PAS hari ini menunjukkan pertandingan satu lawan satu.  

Kebetulan PAS sedang terbahagi 2 (sekali pun dinafikan) antara puak pro Ulama (PAS) dan puak pro Pakatan (PasMA), maka wakil puak-puak berlainan ini ada dalam setiap pertandingan, mewakili kelompok masing-masing.

Contohnya, pertandingan Pemuda PAS yang akan dimuktamadkan petang ini, satu calon pro ulama, satu calon pro pakatan.  Begitu juga bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda dan seterusnya.

Sebetulnya dua-dua pun pro pakatan tapi sebab ada cubaan membuang golongan ulama, maka dinampakkan macam wujud 2 puak berlainan supaya perwakilan yang bakal memilih boleh membuat perbezaan.

Kalau tidak nak beza macam mana?  Dalam PAS semua ustaz, semua ustazah, semua pakai jubah, semua tudung litup, hijau putih, semua sama.  Jadi pro ulama dan tidak pro ulama inilah bezanya.  Kok ada beza pun hanya dari penampilan, yang pro ulama pakai jubah, yang tidak pro ulama pakai baju melayu.

Tujuan penulis mengingatkan ini adalah untuk mengatakan bahawa, jangan tertipu dengan permainan politik dan persepsi yang sedang diwujudkan sekarang.  Konon kalau Hadi menang PAS akan keluar Pakatan dan kerjasama dengan UMNO, percayalah, semua itu tidak akan berlaku sekalipun ramai yang mahu lihat ia berlaku.

Dalilnya mudah saja, PAS berpaksikan kuasa politik.  PAS bukan ditubuhkan untuk membawa sesiapa masuk syurga, tidak sama sekali, sebaliknya nak dapat kuasa, nak jadi Perdana Menteri, Timbalan  Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar dan sebagainya.

Sekarang yang berpotensi memberikan semua itu kepada PAS ialah Pakatan.  Bodoh kalau PAS meninggal potensi itu untuk bekerjasama dengan UMNO sekalipun hanya potensi.

Tapi kalau nak minat nak layan, layan sajalah sebab menarik sungguh lihat orang-orang yang berkenaan bersungguh-sungguh merendahkan seteru masing-masing seolah-olah macam PAS dah berpecah dan akan keluar Pakatan.

Saya juga seronok lihat kelompok tertentu yang menggunakan nama orang yang sudah meninggal dunia untuk mendapatkan kelebihan.  Yang lawan ini pun guna strategi yang sama juga, konon si tuan guru polan pernah bercakap yang membawa maksud pilihlah dia sebagai sekian-sekian…… lawak.

Mana punya ajaran politik dia ikut pun tak tahu

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment