Wednesday, June 03, 2015

Suhaizan atau Nik Abduh, Pro DAP Atau PAS Sejati?

EDITOR MENULIS...
3 JUN 2015

Dari petang semalam bawa ke pagi ini teruk juga penyandang Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat kena ‘boo’ dan dibalun oleh perwakilan dan pemerhati yang hadir dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS di Shah Alam.
http://media.therakyatpost.com/wp-content/uploads/sites/4/2015/06/KETUA-PEMUDA-PAS-300x180.jpg
Perwakilan dan pemerhati PAS tanpa segan silu meluahkan rasa jengkel tanda hilang kepercayaan pada Suhaizan yang selama ini baru disedari lebih mesra DAP dan PKR dari mengutamakan dasar serta maruah PAS.

Ini petanda kurang baik untuk Suhaizan. Awal-awal lagi dah kena balun, di ‘boo’ oleh rakan-rakan seperjuangan. Mana nak letak muka bila ramai anak buah dah hilang respek pada sang ketua?

Tengokkan gaya reaksi perwakilan dan pemerhati PAS itu, nampak semacam mereka dah nekad untuk berubah. Konon-konon nak kembalikan semula jati diri yang dah lama terperosok bawah kelangkang DAP.

Ikutkan jadual Muktamar Pemuda PAS sekarang ini patutnya mereka dah masuk fasa pemilihan semula. Suhaizan atau Nik Abduh, siapa yang Pemuda PAS nak angkat jadi ketua mereka untuk penggal akan datang?

Kalau masih di pilih Suhaizan Kaiat, alamatnya jelaslah Pemuda PAS selesa dengan imej semacam balaci DAP, andai dipilih Nik Abduh mungkin nanti kerjasama PAS dan DAP makin jauh tak bertepi.

Rasanya kalau reaksi awal yang tercetus semalam dan pagi tadi berjaya diterjemahkan dalam sokongan undi, sahih Suhaizan bakal ke longkanglah jawabnya. Secara tak langsung boleh ditafsirkan hampir pasti Abdul Hadi Awang terpilih semula sebagai Presiden PAS Khamis ini.

Tapi realitinya mampukah Pemuda PAS berubah dari terus berimejkan pro PKR dan DAP untuk kembali semula menjadi PAS sejati? Tepuk kepala tanya akal, kalau ada maruah diri pandai-pandailah mengundi.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment