Wednesday, June 03, 2015
DAP Serang PAS Sebenarnya Lebih Hebat Berbanding DAP Serang UMNO
3 Jun 2015, Kuala Lumpur : Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri
Terengganu, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, dakwaan
kepimpinan Dap yang mengatakan bahawa rakan sekutunya, Pas menyerang Dap
lebih dahsyat daripada menyerang UMNO adalah tidak tepat, sebaliknya
hari ini serangan Dap terhadap Pas sebenarnya yang lebih hebat
berbanding serangan parti itu terhadap UMNO.
Jelasnya, pimpinan parti itu perlu bahawa hakikatnya hari ini,
serangan Dap terhadap sekutu politiknya sendiri, Pas adalah lebih hebat
dan lebih dahsyat berbanding serangan Dap terhadap UMNO.
“Saya kira kenyataan pemimpin Dap itu hanyalah semata-mata untuk
mempertahankan tindak tanduk mereka menyerang kepimpinan Pas, dengan
begitu aggresif sejak kebelakangan ini, terutama terhadap Presiden Pas
berhubung isu hudud.
“Sedangkan hakikatnya, ketidakpuasan hati Dap terhadap Pas amat-amat
terserlah sehingga boleh dikatakan setiap hari ada sahaja benda yang
tidak kena yang disuarakan oleh kepimpinan Dap kepada kepimpinan Pas,
terutama Presiden Pas.
“Bahkan lebih dari itu, Dap kini dilihat cuba mencatur dan berkempen
untuk mengangkat pemimpin-pemimpin di dalam Pas yang dilihat boleh
dicucuk hidung oleh Dap bagi menggantikan barisan kepimpinan ulama yang
menguasai Pas hari ini.
“Sebab itu saya katakan, Dap menyerang Pas lebih teruk dari menyerang
UMNO sehinggakan mereka sanggup berkempen dan cuba mengatur pemilihan
kepimpinan Pas di dalam muktamar kali ini,” tegas beliau kepada
UMNO-Online di sini hari ini.
Malah, sepanjang konflik yang berlaku kata Dr Najmil, Dap kerap kali
mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati rakan sekutu mereka dengan
meminta Pas keluar dari pakatan pembangkang serta menyifatkan Presiden
Pas sebagai seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai.
“Ini jelas memperlihatkan sikap angkuh dan sombong Dap yang
seolah-olah mampu berdiri sendiri tanpa sokongan Pas, sedangkan
hakikatnya jentera Paslah tempat mereka bergantung apabila tibanya waktu
pilihanraya.
“Sikap sombong dan angkuh kepimpinan Dap terus terserlah apabila
baru-baru ini Dap membuat keputusan untuk memboikot muktamar Pas sebagai
tanda protes terhadap Presiden Pas yang berkeras untuk melaksanakan
undang-undang hudud di Kelantan,” tegasnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment