Wednesday, June 03, 2015
Samakan Muktamar Dengan Kenduri Kahwin Lucu Dan Memalukan
3 Jun 2015, Parit : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja, Datuk Nizar Zakaria
menyifatkan Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu cuba bersilat lidah bagi
mempertahankan tindakan Dap yang langsung tidak menghantar sebarang
wakil dalam Muktamar Pemuda parti itu semalam.
Malah tegasnya tindakan Mat Sabu menyamakan ketidakhadiran Dap dalam
muktamar itu seperti orang pergi ke jemputan kenduri bukan sahaja lucu
malah amat memalukan.
“Ini bukan jemputan kenduri untuk makan atau apa, ini adalah jemputan
parti. Pas, Dap dan PKR adalah parti gabungan walaupun tidak sah
gabungannya namun mereka bersetongkol. Jika Dap gagal untuk hadir ini
bermakna bukan mereka tidak dapat hadir tetapi kerana mereka memang
tidak mahu hadir.
“Dalam erti kata lain adalah Dap boikot Pas. Setiausaha Pengelola
Dap, Anthony Loke juga telah mengesahkan bahawa parti itu tidak akan
menghantar wakil untuk menghadiri muktamar Tahunan Pas ke-61 tahun ini.
“Ini bukti tanda Dap protes. Langsung tiada semangat setiakawan yang
digambarkan dalam gabungan tidak sah mereka ini. Sebab itu mereka tidak
berani untuk mendaftarkan penyatuan ketiga-tiga parti,” ujarnya kepada
UMNO-Online.
Tambah Nizar, sejak dulu lagi prinsip dan perjuangan Pas, Dap dan PKR tidak pernah mencapai kata sepakat.
“Kesepakatan mereka hanyalah untuk menumbangkan UMNO. Kerana itulah mereka sering bertelagah dan bercakaran sesama sendiri.
“Akhirnya, persengketaan yang cuba disembunyikan sekian lama
terbongkar juga. Muktamar Pas menjadi saksi pakatan pembangkang
sememangnya bakal runtuh”, katanya.
Selain itu ujar Nizar, keengganan Dap untuk hadir pada Muktamar Pas
ini juga adalah satu tanda ‘benci’ Dap kepada Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang.
“Dap kan sudah putuskan sebarang hubungan dengan Hadi Awang. Jadi
inilah masanya mereka tunjukkan yang mereka tidak suka dan tidak mahu
ada kaitan dengan Hadi Awang.
“Jadi, rakyat nilailah sendiri bagaimana sikap pembangkang ini. Jika
rakan sendiri mereka mampu untuk tikam belakang maka tidak mustahil
nasib rakyat bakal hancur jika mereka diberi mandat.
“Ini amat berbeza dengan Barisan Nasional (BN) dan juga UMNO. Walau
kita ada persengketaan namun bila tiba masanya kita tetap bersatu atas
dasar parti. Kita tetap terus memberi sokongan kepada pucuk pimpinan.
“Itulah semangat setiakawan yang utuh dan membuatkan UMNO dan BN terus utuh menjadi peneraju negara,” ujarnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment