Wednesday, June 10, 2015

Kerajaan Negeri Pembangkang Diingatkan Jangan Sabotaj Projek RMK11

9 Jun 2015, Kuala Lumpur : Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, dalam menjayakan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11), pembangkang jangan hanya pandai menekan kerajaan persekutuan sahaja kerana dalam perlembagaan negara, ada kuasa yang diberikan di bawah kerajaan negeri.

Jadi jelasnya, untuk menjayakan RMK-11, kerajan negeri terutamanya di bawah pakatan pembangkang haruslah memberi kerjasama dan jangan sabotaj projek kerajaan persekutan.

“Sebagai contoh kita lihat bagaimana pembangkang kononnya nak menjadi jaguh dalam soal pendidikan dan menuduh Barisan Nasional (BN) mempolitikkan isu ini.

“Sebaliknya apa yang berlaku, pembangkanglah yang cuba mempolitikkan isu pendidikan ini. Kita boleh tengok bagaimana isu pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dipolitikkan oleh mereka.

“Pembinaan ini adalah untuk kepentingan rakyat dan cadangan pembinaan bukanlah di atas tanah kerajaan negeri malah peruntukan juga adalah daripada kerajaan persekutuan. Kerajaan negeri hanya berkuasa untuk memberi kelulusan tanah dan Development Order (Surat Perintah Pembangunan).
KUALA SELANGOR, 8 Jun -- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar (dua dari kiri) menyerahkan papan tanda UMNO Cawangan Seri Jase kepada Timbalan Ketua UMNO Cawangan Seri Jase, Shahrizal Zainon (kanan) pada Majlis Pelancaran Program Pemuafakatan Parlimen Kuala Selangor di Kompleks UMNO di sini, hari ini. Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Negeri Selangor (MUBARAK Selangor), Tan Sri Abu Hassan Omar. Turut hadir anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim (dua dari kanan) dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Ishak Harun (kiri). -- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
“Inipun tidak mampu mereka laksanakan dan akhirnya negeri Selangor terutama rakyatnya kerugian kerana tidak dapat manfaat dari pembinaan UiTM tersebut dan pembinaan itu terpaksa dipindahkan ke Jasin, Melaka,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Noh, pembinaan Universiti Perdana juga menerima nasib yang sama apabila permohonan menukar status tanah telah tertangguh lebih tiga tahun.

Dua contoh ini jelas beliau membuktikan kerajaan pakatan pembangkang lebih mementingkan politik daripada kepentingan rakyat.

Noh turut membidas salah guna kuasa oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mana banyak projek-projek yang mesti mendapat kelulusan PBT seperti mendapatkan surat perintah pembangunan tidak mendapat kelulusan.

“Dahulu semasa BN memerintah, apabila kerajaan persekutuan mahu membuat sesuatu projek, apabila projek dimulakan dalam masa yang sama akan dipohon kelulusan PBT. Tetapi kini apabila kerajaan mahu membuat sesuatu projek kelulusan PBT amat sukar didapatkan. Ini adalah projek kerajaan untuk rakyat. Bukannya projek swasta.

“Contohnya projek Agro Bazaar di Kuala Selangor. Bila projek dimulakan, PBT hentikan. Sehingga kini projek tersebut masih tergendala hanya kerana masalah kelulusan PBT.

“Begitu juga yang menimpa pada projek Pasar Tani di Puchong. Juga tergendala dan tetap menghadapi masalah. Ini semua projek RMK-10. Semua ini tidak dapat dilaksana kerana tidak mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri,”bidasnya.

Beliau seterusnya memberi contoh salah guna kuasa oleh ahli majlis negeri pembangkang yang terdiri daripada ahli politik adalah permohonan untuk mendapatkan kelulusan CF.

“Saya bagi contoh kelulusan CF untuk kompleks Maktab Polis di Kuala Kubu Baru. Bangunan telah siap tetapi CF tidak diluluskan. Kalau hendak diluluskan Kementerian Dalam Negeri harus membina jambatan.

“Apa kena mengena bina jambatan dengan kelulusan CF. Inilah bukti yang jelas menunjukkan salah guna kuasa. Jika mereka menuduh kerajaan BN salah guna kuasa tetapi sebenarnya mereka lebih teruk salah gunakuasa,” jelasnya lagi.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment