Wednesday, June 10, 2015
Dap Terus Angkuh, Sombong… Kali Ini Cuba Ugut PKR Tinggalkan Pas
8 Jun 2015, Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad
berkata, kenyataan pemimpin Dap yang mendesak agar PKR memutuskan
hubungan dengan Pas sekiranya mahu terus bekerjasama dengan mereka
adalah satu kenyataan yang sombong dan angkuh.
Ulasnya, Dap merasakan bahawa mereka adalah ‘ketua’ di dalam pakatan pembangkang dan parti lain harus mengikut telunjuk mereka.
“Dap sebenarnya lupa bahawa kejayaan mereka hari ini adalah atas
sokongan penyokong Pas dan PKR. Sekiranya penyokong rakan sekutu Dap itu
tidak memangkah mereka pada hari pengundian, sudah pasti mereka tidak
akan mampu memenangi hati rakyat terutamanya bangsa melayu dan india.
“Kini apabila mereka berada di puncak, Dap lupa jasa kawan mereka.
Kerana Pas berdegil mahu melaksanakan hudud, maka peranan Pas yang
selama ini bertungkus-lumus menaikkan Dap dilupakan begitu sahaja.
“Malah kini PKR pula diugut. Kalau mahu terus bersama Dap maka
putuskan hubungan dengan Pas. Ternyata Dap adalah sebuah parti yang
hanya mementingakan kuasa dan langsung tiada nilai setiakawan,” ujarnya
kepada UMNO-Online.
Namun tambah Rahman, beliau yakin, baik PKR ataupun Dap, mereka tidak
akan berani untuk menyingkirkan Pas daripada pakatan pembangkang.
Secara sedar atau tidak, tegas beliau lagi kenyataan sebenarnya
adalah bukan Pas bergantung kepada PKR mahupun Dap tetapi PKR dan Dap
lah yang bergantung harap kepada Pas.
“Kita dapat lihat, Pas lah yang selama ini melakukan kerja menaikkan
rakan sekutu mereka. Tanpa kerja keras Pas, mustahil untuk mereka berada
di atas.
“Jadi, saya yakin pada akhirnya mereka akan kembali bersatu walau
tidak sebulu hanya untuk menjatuhkan UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU)
akan datang,” ujarnya lagi.
Baru-baru ini, Pengerusi Dap Sarawak, Chong Chieng Jen berkata,
selagi PKR bekerjasama dengan Pas maka kerjasama antara Dap dan PKR di
peringkat negeri itu adalah hampir sifar.
Malah katanya, sudah tiba masa untuk PKR memutuskan hubungan dengan
Pas dan hanya dengan berbuat demikian, barulah memungkinkan sebarang
bentuk kerjasama antara Dap dan PKR.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment