Thursday, June 04, 2015
Kilang Jinko Solar Di P.Pinang… Dap Memang Parti Cakap Tak Serupa Bikin
5 Jun 2015, Pulau Pinang : Sudah terang lagi bersuluh, pembinaan kilang
Jinko Solar di Batu Kawan membuktikan betapa Dap adalah sebuah parti
yang penuh hipokrasi.
Jika dahulu pemimpin Dap adalah antara yang lantang membantah
pembinaan Lynas di Pahang sehingga diadakan demonstrasi Hijau di
Kuantan, Kuala Lumpur manakala di Pulau Pinang pula ianya diketuai
sendiri oleh ketua menterinya Lim Guan Eng, tetapi kini mengapa Dap
membisu seribu bahasa dan terus berdegil untuk meneruskan pembinaan
kilang Jinko Solar yang bernilai USD$100 juta.
“Memang pemimpin Dap ini lidah bercabang dan cakap tak serupa bikin.
Projek Lynas yang sudah disahkan selamat dahulu dipergunakan untuk
rakyat membenci kerajaan. Tetapi kini bila kena pada batang hidung
sendiri, mereka terus menyepi.
“Kami Pemuda UMNO Pulau Pinang mencabar dan mendesak Guan Eng untuk
memberi jaminan bahawa projek ini telah disahkan selamat dan tidak
membahayakan rakyat.
“Sertakan bukti bahawa ianya selamat. Sebagaimana mereka mendesak
kerajaan persekutuan dahulu kini mereka pula harus bertanggungjawab
terhadap nyawa rakyat di Batu Kawan,” demikian tegas Ketua Pemuda UMNO
Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim kepada UMNO-Online.
Beliau juga turut membidas pihak yang kononnya NGO yang turut serta dalam perhimpunan Hijau dahulu.
“Di manakah mereka kini? Adakah mereka dahulu telah dibayar untuk
menyertai demonstrasi atau benar-benar prihatin dengan nyawa rakyat.
“Nyawa 100,000 penduduk di Batu Kawan kini terancam kerana kilang mengeluarkan toksik bakal beroperasi di sana.
“Jadi adakah nyawa masyarakat setempat tidak bernilai di mata Guan
Eng? Mengapa dahulu Lynas dibantah teruk sedangkan projek di Pulau
Pinang ini pula didiamkan,” ujarnya lagi.
Beliau berharap agar rakyat membuka mata dan melihat betapa Dap sebenarnya hanya suka berhipokrasi demi kepentingan peribadi.
“Apa sahaja yang menguntungkan mereka akan dilakukan walaupun nyawa rakyat menjadi galang ganti”, ujarnya kesal.
Dilaporkan, Bosch Group dari Jerman akan melabur RM2.2 bilion bagi
membina kilang pengeluaran panel solar di Pulau Pinang selepas
perjanjian memorandum yang dibuat kerajaan negeri.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment