Thursday, June 04, 2015

Bila Menteri Cakap, CEO GLC Diam Sajalah


shahril_mirt
EDITOR MENULIS...
4 JUN 2015

Berbanding dengan Menteri, tugas seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah berkisar kepada organisasi yang dipimpinnya sahaja.

Lain dari itu, seorang CEO GLC tidak tahu kerana bukan kerjanya untuk memikirkan apa yang bukan berkaitan dengan organisasi yang dia dibayar gaji untuk memimpinnya.  

Soal-soal macam kepentingan negara, hubungan antara kerajaan-kerajaan dan lain-lain.

Bab itu kerja Menteri.

Jadi saya agak terkejut bila bekas CEO Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar menyanggah kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Husni Hanadzlah semalam bahawa kerjasama strategik antara 1MDB dan Petro Saudi adalah antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan Prasarana mendapat projek Metro Mekah MRT pada tahun 2014.

Apa yang Shahril tahu  tentang itu kerana perkara ini melibatkan hubungan antara kerajaan dan kerajaan?  Kedua-duanya, kerajaan Arab Saudi (yang menganugerahkan kontrak kepada Prasarana) dan Petro Saudi (kerjasama strategik dengan 1MDB) adalah saling berkaitan kerana syarikat Petro Saudi ditubuhkan oleh anakanda kepada raja Arab Saudi, Raja Abdullah.
IMG-20150604-WA0013
Itu yang saya kata, Shahril tahu apa berbanding Menteri kerajaan?  Dia CEO kepada satu syarikat itu saja pun.

Skop Shahril hanya kepada Prasarana dan yang berkaitan sahaja sedangkan banyak perkara lain berlaku di belakang tabir untuk membolehkan kerajaan Arab Saudi memberi kontrak tersebut kepada syarikat dari Malaysia – yang tidak ada pengalaman membangunkan projek MRT sehingga siap pun.

Kena ingat, selain Prasarana, ada 2 syarikat lain iaitu dari Turki dan Korea Selatan yang turut sama-sama membida untuk mendapatkan projek yang sama.  Korea Selatan dan Turki, kedua-dua negara ini sudah mempunyai perkhidmatan MRT beroperasi di negara masing-masing.

Malaysia belum lagi, masih dalam pembinaan, tapi syarikat Malaysia yang akhirnya dapat.

Dimana keyakinan kerajaan Arab Saudi untuk menyerahkan projek ini kepada Prasarana kalau bukan track rekod yang telah sedia dijalin antara Petro Saudi dan 1MDB?  Menteri tahu, Shahril tak tahu pasal dia tidak terlibat dan memang  bukan tugasnya untuk terlibat, tapi janganlah menyibuk macam tahu sangat, bagi buruk keadaan saja.

Maka itu, adalah lebih baik Shahril menumpukan kepada tugasnya sekarang di MRT Corp dari masuk campur dalam hal yang bukan bidang tugasnya.

Sejak diberi tanggungjawab mengetuai MRT Corp tahun lepas, masih banyak yang perlu dilakukan untuk menjayakan projek ini.  Kes-kes kematian pekerja, mendapan tanah yang diakibatkan oleh projek tersebut, kemalangan di tempat kerja dan lain-lain belum berjaya diselesaikan sepenuhnya, walaupun kita tahu ada sedikit peningkatan berbanding sebelum Shahril mengambil alih.


IMG-20150604-WA0012
Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment