Thursday, June 04, 2015

Letak Jawatan Jika Anda (Ahli Kabinet) Tidak Bersetuju Dengan PM – Zahid

4 Jun 2015, Kuala Lumpur : Ahli kabinet yang telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri harus meletakkan jawatan dan tidak menunggu untuk dipecat, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2013/05/Zahid-Hamidi.jpg
Menteri Dalam Negeri berkata sebagai anggota kabinet, ia adalah “wajib” untuk menteri bersetuju dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam setiap keputusan yang diputuskan bersama.

Kuasa untuk melantik ahli-ahli Kabinet adalah milik mutlak kepada Perdana Menteri. 

Samalah juga kuasa untuk memecat ahli-ahli kabinet adalah milik mutlak Perdana Menteri.

Sekiranya ada menteri yang hilang kepercayaan terhadap PM, atau mempersoalkan keputusan beliau, lebih-lebih lagi apabila mereka telah membuat kenyataan terbuka, perkara yang mulia mereka lakukan ialah meletak jawatan.

“Saya tidak fikir mereka perlu menunggu PM untuk memecat mereka,” kata Dr Ahmad Zahid pada sidang media selepas perhimpunan bulanan kementeriannya pada hari ini.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment