Kenyataan terang dan jelas itu dibuat Wakil Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Ridzuan Ariffin ketika membahaskan ucaptama Ketua Pemuda PAS.
“Dia menyerang dan menghina Presiden PAS, Pemuda diam bisu seribu bahasa, ini bukan simbol anak soleh yang melihat bapanya dihina.
“Ini bukan sifat pemuda beriman tetapi pengecut,” katanya.
Dalam masa sama, Ridzuan turut memberi ingatan yang beliau tidak akan berdiam diri sekiranya Abdul Hadi terus dihina.
“Kepada rakan pakatan mahupun lawan, Pemuda PAS tidak akan sesekali benar presiden kami dihina dan ditentang, kami akan buat apa sahaja untuk pertahankan presiden kami,” tegasnya di hadapan seluruh perwakilan di Shah Alam, Rabu.
Perwakilan PAS Perlis, Azahari Osman turut menyatakan kekecewaannya terhadap segelintir ahli PAS yang dituduh berlidah syaitan kerana sanggup menyebar fitnah.
“Di peringkat Pemuda, saya agak kecewa apabila ada segelintir ahli PAS bahkan kepimpinan yang jadi lidah syaitan dalam jemah kita, inilah golongan yang cuba timbulkan huru hara dalam jemaah kita,” katanya.
Dipetik daripada sumber : BNBBC
No comments:
Post a Comment