Monday, June 01, 2015
Tidak Selesa Sila Letak Jawatan, Shafie Apdal Tidak Bersuara – Nazri Aziz
1 Jun 2015, Kuala Lumpur : Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
(MoTaC) Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mengesahkan bahawa Perdana
Menteri, Dato Sri Mohd Najib Razak menyatakan dalam kabinet sekiranya
ada yang tidak selesa dengan isu 1MDB, mereka boleh menghantar surat
(peletakan jawatan) dan beliau memahaminya.
Nazri turut memaklumkan kepada Malaysiakini.com bahawa tiada menteri
yang membantah isu 1MDB mahu pun saranan Perdana Menteri tersebut,
termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie
Apdal yang kelihatan agak vokal di luar.
Namun Nazri menafikan mesyuarat kabinet tersebut berada dalam keadaan tegang.
Katanya, perdana menteri hanya memberitahu mereka tentang perlunya
mereka bersama dan apa juga keputusan mestilah dalam satu suara.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment